fbpx
Ekonomi

TNB, PIPP meterai PPA loji janakuasa di Selangor

TENAGA Nasional Bhd (TNB) hari ini memeterai perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan Pulau Indah Power Plant Sdn Bhd (PIPP) membabitkan cadangan loji janakuasa tenaga gabungan kitaran gas di Selangor.

PIPP adalah syarikat bertujuan khas dimiliki oleh Tadmax Resources Bhd (40 peratus), Worldwide Holdings Bhd (35 peratus) dan Korea Electric Power Corporation (25 peratus).

Tadmax disyaratkan memeterai PPA dengan TNB selepas memperoleh projek janakuasa tenaga itu daripada kerajaan.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, TNB berkata PIPP akan terbabit dalam kerja-kerja membina, memiliki, mengoperasikan dan menyelenggara kemudahan penjanaan tenaga gabungan kitaran gas dengan kapasiti nominal sebanyak 1,200 megawatt di Pulau Indah, Selangor.

PPA tersebut sah bagi tempoh 21 tahun mulai tarikh operasi komersial daripada blok penjanaan pertama pada 1 Jan, 2024.


“Pemeteraian PPA itu tidak akan memberi sebarang kesan terhadap modal saham terbitan dan berbayar serta pegangan saham-saham utama TNB.

“Ini akan memberi impak neutral terhadap pendapatan TNB sepanjang tempoh PPA berikutan pelepasan kos penjanaan menerusi mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif,” katanya. – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button