PolitikUncategorized

Tanpa perlu bincang, PM berhak pilih Menteri Pendidikan – Bersatu

LIM GUAN ENG atau parti DAP tiada hak untuk menentukan pelantikan Menteri Pendidikan apatah lagi memanggil mesyuarat bagi tujuan itu.

Hal berkenaan telah dijelaskan Ketua Penerangan Bersatu, Dr. Radzi Jidin bahawa kuasa itu adalah hak budi bicara Perdana Menteri.

Beliau dalam satu kenyataan memberitahu, terdapat pihak secara terbuka mencadangkan supaya pelantikan menteri berportfolio kritikal dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan (PH).

“Menurut Perkara 43(2)(b) Perlembagaan Persekutuan, atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen.

“Ini bermakna adalah menjadi prerogatif atau hak budi bicara Perdana Menteri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang pelantikan Menteri,” katanya hari ini.

Radzi berkata demikian selepas Menteri Kewangan menasihatkan supaya pelantikan jawatan itu lebih baik dibincang bersama dalam PH.

Terdahulu, Suara Merdeka memetik laporan Bernama menyatakan Lim Guan Eng berpandangan parti komponen dalam PH mempunyai cadangan masing-masing dan perlu dibincangkan.

Dalam pada itu, beliau menambah tiada keperluan juga untuk memilih pengganti daripada parti Bersatu dan kita mesti menghormati budi bicara Perdana Menteri.

“Semua pihak mestilah menghormati prerogatif atau haki budi bicara Perdana Menteri untuk melantik Menteri Pendidikan baharu.

“Bersatu berdiri teguh bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam apa jua keputusan beliau berhubung pelantikan Menteri Pendidikan yang baharu demi kemajuan pendidikan negara,” jelasnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Beliau pada petang hari pertama persekolahan bagi sesi tahun 2020 itu berkata perletakan jawatannya adalah di atas nasihat Perdana Menteri.

Sementara itu, Pemerhati Politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff hari ini turut mempertikai cadangan Setiausaha Agung DAP itu agar pelantikan baharu dibincang dalam mesyuarat PH.

Turut tular dalam media sosial adalah beberapa nama disebut-sebut bakal menggantikan Maszlee iaitu Myocho Kan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. – SM

(Visited 244 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button