Ekonomi

KKDW serah RM1.05 juta kepada lima usahawan

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyerahkan RM1.05 juta untuk diagih-agihkan bagi pembiayaan perniagaan kepada lima usahawan.

Sesi penyerahan mock-up cheque pembiayaan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, hari ini ketika pameran korporat KKDW bertempat di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

SALAH seorang daripada lima usahawan yang menerima pembiayaan daripada KKDW yang diagih-agihkan dengan jumlah keseluruhan, RM1.05 juta. – GAMBAR IHSAN KKDW

Kesemua usahawan tersebut mengusahakan perniagaan yang mendukung industri automotif, pengurusan majlis, marin dan juga industri perdagangan.

Untuk makluman, Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) yang mensasarkan usahawan luar bandar adalah satu inisiatif yang telah dianjurkan oleh KKDW dan Rural Capital Berhad (RCB) sebagai salah satu agensi pelaksana yang telah dilantik sejak dari November 2022 sehingga kini.

Menurut kenyataan Rural Capital Berhad, sehingga Mei lalu, sejumlah  RM5,587,000 pembiayaan perniagaan telah diagih-agihkan kepada 37 usahawan seluruh Malaysia.

Di samping itu, RCB juga melaksanakan aktiviti pemprosesan dan pengagihan pembiayaan serta memantau kejayaan usahawan, menurut kenyataan yang sama.

Selain daripada produk pembiayaan SPED, RCB sebagai salah sebuah syarikat milik penuh MARA Corporation Sdn Bhd di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Ia juga memfokuskan kepada tiga lagi cabang perniagaan antaranya Pengurusan Bayaran Balik Pinjaman, Digital-Based Solution dan Perlindungan Takaful.

Tahun ini, genap 10 tahun RCB dalam industri perkhidmatan kewangan sejak 2013.

Hadir sama pada majlis penyerahan mock-up cheque pembiayaan SPED ialah Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Seri Ramlan Datuk Harun, Timbalan Ketua Setiausaha (DASAR) KKDW, Datuk Che Murad Sayang Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (DASAR) KKDW,  Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Azhar Abdul Manaf, Ketua Pegarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Julainie Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation Sdn. Bhd., Hiruddin Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital Berhad. – SM

BACA KKDW fokus tangani kemiskinan bandar dan tingkatkan kebolehpasaran produk pendidikannya

BACA KKDW peruntuk RM1.7 juta digitalkan usahawan desa

 

(Visited 245 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button