Nasional

JAIM pantau ibadah korban di Melaka – Che Sukri Che Mat

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 4 Julai – Seluruh masjid dan surau di negeri ini dibenarkan untuk melaksanakan ibadah korban yang akan dipantau oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Perkhidmatan Vaterinar dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, mengingatkan agar pelaksanaan ibadah berkenaan hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Che Sukri Che Mat

Menurutnya, semua pekeliling dan prosedur operasi standard (SOP) pengimarahan masjid dan surau berkaitan Covid-19 yang dikeluarkan JAIM sebelum ini telah dimansuh berkuatkuasa 1 Julai.

Beliau berkata, beberapa saranan dan nasihat bagaimanapun perlu dipatuhi orang awam yang menyertai aktiviti pengimarahan masjid serta surau sepanjang ibadah korban dilaksanakan sepanjang tempoh empat hari.

“Semua individu yang hadir dalam aktiviti pengimarahan di dalam bangunan masjid dan surau dikehendaki sentiasa memakai pelitup muka namun ketika berada di luar itu terpulang sama ada mahu memakainya atau pun tidak.

“Individu positif Covid-19 dan sedang menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO) dilarang menyertai aktiviti menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Ibadah korban boleh dilaksanakan selama empat hari bermula selepas selesai menunaikan solat Hari Raya Aidiladha serta hari tasyrik iaitu 11 dan 12 Zulhijjah sehingga sebelum berkahirnya solat Asar pada 13 Zulhijjah.

Che Sukri menegaskan kariah diminta untuk tidak bersalaman bersalaman atau bersentuhan, amalkan etika batuk serta bersin selain jalani ujian COVID-19 jika bergejala.

Sehubungan itu katanya, JAIM dan Jabatan Kesihatan Melaka akan memantau perkembangan jangkitan di masjid dan surau serta memastikan langkah pencegahan sewajarnya dilakukan secara berterusan.

(Visited 227 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button