Nasional

Bapa durjana lacurkan anak, isteri ditahan

POLIS mengesahkan telah menahan suspek utama bagi kes merogol dan melacurkan anak sendiri kepada lebih 30 orang pelanggan seperti yang dilaporkan Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmad berkata, suspek yang berusia 43 tahun telah ditahan pada semalam di sekitar Selangor.

“Tangkapan telah dibuat ke atas suspek utama yang merupakan bapa kandung kepada mangsa dan suami kepada mangsa kedua.

BACA> Bapa ‘syaitan’ lacurkan anak sendiri kepada lebih 20 pelanggan

“Turut ditahan ialah empat lelaki warganegara Pakistan dan seorang lelaki warganegara Bangladesh yang kesemuanya berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Fadzil, kesemua saspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan, Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43(1)(b) Akta kanak – kanak 2001.

BACA> Selangor kuatkuasa haram minum arak dalam taman

“Siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek-suspek lain yang masih bebeas,” ujarnya.

Tambahnya, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes, sila hubungi mana-mana balai yang berdekatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Mohd. Radzee Jamudi di talian 019-6655811 @ 03-89114222. -SM

(Visited 235 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button