CelotehNasionalPolitik

Tiada Beza Peniaga Melayu Tanpa Permit Di Kuala Lumpur Dengan Anjing Kurap!

Tanah yang kita sedang berpijak ini pernah dinamakan sebagai Tanah Melayu. Cuma apabila nak meraikan kemodenan, pemimpinan terdahulu sama-sama setuju tukarkannya menjadi Malaysia.

Kuala Lumpur pula pernah dibuka oleh seorang lelaki beragama Islam, Sutan Puasa yang berdagang dari Sumatera, Indonesia ke Tanah Melayu yang kaya-raya dengan hasil bumi milik Allah SWT.

Namun yang lebih popular adalah Yap Ah Loy atau Raja Abdullah. Biasalah.. satu punya kaum, kesatuan dia kuat. Satu lagi nama, datang dari keluarga yang terkenal dalam masyarakat.

Bagi orang biasa yang berdagang.. setakat itu sahajalah. Tak pelik pun kalau kita buat kerja, orang lain yang sambung ‘tugas’ dapat nama dan dikenang sehingga ke hari ini.

Namun demikian, penulisan ini sebenarnya ingin mengupas lebih jauh tentang penyakit dalam jabatan pihak berkuasa yang diberi amanah kononnya untuk permudahkan rakyat.

Isu Pihak Berkuasa Gangster Bukan Pertama Kali

Setiap kali Ramadan, tapak bazar untuk berniaga di buka secara meluas di mana-mana tempat termasuk Kuala Lumpur namun siapa yang menguasainya? Pastilah orang yang sudah berduit.

Bagaimana pula dengan peniaga kecil, miskin dan tiada modal untuk bayar sewa tapak sebagai bayaran pendahuluan? Pergi mampus ajerlah kalau dah sedar diri tak layak.

Kan? Betul tak ini kenyataannya dalam Malaysia?

Jadi apa yang peniaga kecil dan miskin ini boleh buat? Selalunya adalah dengan bertawakal dan berharap Allah permudahkan urusan untuk berniaga.

Bukannya tidak layak atau tidak mahu memohon permit.. sudah lumrah sistemnya begitu, ada permit untuk berniaga, berniagalah kau ikut masanya.

Eh.. bukankah Kementerian Wilayah Persekutuan pernah umumkan sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang berada di kawasan Wilayah Persekutuan bebas berniaga walaupun tiada tapak yang dikhususkan?

Tetapi mengapa ada pihak berkuasa ini dengan beraninya menyerang peniaga Melayu beragama Islam yang miskin dan kecil secara gerila seperti biasa?

Tiada group Whatsapp kah mereka ini semua? Di mana komunikasi antara jabatan dan kementerian? Orang biasa terus jadi mangsa dengan sistem yang celaka ini.

Orang Miskin Ibarat Anjing Boleh Dihalau

Melihat keadaan ini, penulis berpendapat bahawa nasib peniaga kecil dan miskin dari bangsa Melayu dan beragama Islam ini tak ubah diperlakukan seperti anjing.

Sesuka hati mereka boleh menghalau dan merampas barangan masyarakat biasa dengan alasan popular tiada permit, mengganggu lalu lintas serta berniaga di tempat yang dilarang.

Kenapalah kita orang Melayu dan Islam majoritinya jadi miskin di bumi sendiri? Jelas kita sudah hilang ketuanan Melayu apabila ada bangsa berjawatan yang makan gaji ini lancang dengan tindakannya.

Oh lupa.. pemimpin dahulu membenarkan orang Cina bergiat dalam sektor perniagaan, orang Melayu di sektor pertanian dan perikanan manakala orang India di sektor perladangan.

Maka inilah bayaran sejarah yang harus generasi hari ini terima.. hilang ketuanan Melayu di bumi sendiri angkara sistem luar yang memisahkan agama Islam dalam kehidupan.

Kepada seluruh bangsa Melayu dan Islam yang miskin dan sukar menjadi tuan di bumi sendiri, dah sedar atau jumpa mana puncanya yang buatkan kita kembali dijajah?

(Visited 606 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button