Politik

Keahlian Pemuda UMNO meningkat

KEAHLIAN Pergerakan Pemuda UMNO di seluruh negara menunjukkan peningkatan apabila jumlah terkini adalah seramai 505,903 ahli di peringkat cawangan dan bahagian.

Daripada jumlah tersebut, Sabah mencatatkan keahlian Pemuda UMNO paling tinggi apabila mencatatkan jumlah sebanyak 80,977 orang.

Keahlian di Sabah itu turut disumbang oleh Pemuda UMNO Bahagian Semporna yang menyumbang keahlian ketiga tertinggi di seluruh negara iaitu seramai 6,293 orang.

Kedua tertinggi pula adalah Johor yang mempunyai keahlian seramai 58,066 orang.

Sementara Selangor yang menjadi negeri pentadbiran bagi PKR pula menduduki tempat ketiga denganm jumlah keahlian Pemuda UMNO seramai 57,379 orang.


“Berdasarkan data statistik yang kita ada, ahli Pemuda UMNO di seluruh Malaysia berjumlah 505,903 orang.

“Jumlah cawangan Pemuda pula adalah sebanyak 13,208 cawangan berbanding tahun lalu.

“Jumlah cawangan Pemuda UMNO ini menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan.

“Petunjuk ini juga membuktikan Pemuda terus mengukuh di atas akar umbinya mencengkam bersama akar tunjang bagi menjadi benteng utama UMNO.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepa da rakan-rakan di atas usaha menambah keahlian UMNO.”

Demikian maklumat diberikan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hassan.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan jumlah keahlian ketika Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Tambahnya, sokongan di peringkat akar umbi semakin mengukuh apabila tiga Bahagian UMNO mencatatkan jumlah kemasukan Pemuda tertinggi iaitu Semporna dan Lahad Datu di Sabah serta Baling, Kedah. – SM

(Visited 144 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button