Nasional

Thaipusam: Polis bantu bawa pedati

BARU-BARU ini tular klip video memaparkan sekumpulan anggota polis mengangkat pedati dekat sebuah kuil di Jalan Tun HS. Lee, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, tindakan kumpulan anggota pihak berkuasa itu adalah bagi mempercepatkan pergerakan acara sempena sambutan Thaipusam.

Ini kerana, pihak penganjur majlis serta tetamu yang terlibat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan perayaan itu yang tidak membenarkan berkumpul beramai-ramai.

Justeru, memandangkan pedati berkenaan berat dan perlu diangkat beramai-ramai, pihak penganjur dilaporkan meminta bantuan pihak polis untuk memudahkan urusan.

“Ini kerana hanya 10 orang sahaja dibenarkan terlibat dalam pergerakan arca tersebut bagi mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Ia berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun HS Lee dan menunjukkan petugas polis membantu pergerakan arca.

“Semua pegawai dan anggota yang terlibat berbangsa India.”

Demikian penjelasan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah, dalam satu kenyatan menjelaskan kejadian dalam video klip terbabit.

Sebelum ini, selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian jangkitan Koronavirus (Covid-19), sambutan Thaipusam juga dikenakan SOP khusus.

Ini termasuklah tiada perarakan besar-besaran seperti sebelum ini, sebaliknya sambutan hanya melibatkan jumlah kehadiran yang kecil supaya tidak bersesak.

Dalam pada itu, Mohamad Zainal turut menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wang di talian 03 26002222.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03 21559999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – SM

(Visited 366 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button