JenayahNasional

Op Benteng: 17 PATI Indonesia gagal bolos sempadan

SERAMAI 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia gagal memasuki negara ini secara tidak sah selepas bot mereka dikesan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Bot yang dinaiki mereka itu berjaya dikesan pasukan ATM daripada Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) pada pukul 1.45 pagi tadi.

Mereka dikesan cuba memasuki perairan negara melalui Kota Tinggi, Johor selepas haluan bot itu dikenalpasti dari arah Pulau Batam, Indonesia.

“Pada jam 10.50 malam, Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) yang berfungsi sebagai sistem rangkaian radar 24 jam telah mengesan pergerakan bot yang mencurigakan dari arah Pulau Batan ke perairan Malaysia.

“Bertindak atas maklumat, pasukan telah mengatur gerak Tim Quick Reaction Force (QRF) untuk membuat penjejakan dan mengepung kawasan sekitar Batu Layar, Teluk Punggai dan Tanjung Penyusup, Kota Tinggi, Johor.

” Pada jam 1.30 pagi, Petugas Pos Pemerhati telah mengesan sebuah bot yang mendarat di Pantai Teluk Pungai.

“Hasil serbuan Tim QRF bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Khas pada jam 1.45 pagi telah berjaya menahan 16 PATI.

“Pada jam 2.00 seorang lagi PATI ditahan hasil maklumat pengesanan daripada tim Dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).”

Demikian kenyataan dikeluarkan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Kem Terendak, Melaka, hari ini.

Menurutnya lagi, keseluruhan 17 PATI yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dan empat wanita warga Indonesia berusia 24 hingga 48 tahun dipercayai masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak sah.

Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 25,262.14 melibatkan wang tunai pelbagai jenis Matawang, jam tangan, barangan kemas serta telefon bimbit.

Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas.

“Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai.

“Pasukan meneruskan atur gerak Tim QRF dan bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan,” tambahnya. – SM

(Visited 566 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button