Nasional

67 kilang, premis diarah tutup semalam

SEBANYAK 67 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, premis berkenaan ditutup dalam pemeriksaan ke atas 2,285 buah kilang, 16,822 premis perniagaan, 1,015 tapak pembinaan dan 456 buah asrama penempatan pekerja.

“Semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 90,214 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,245 orang

“Hasil daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 67 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Sementara itu empat lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 15 Julai hingga 28 Julai.

Lokaliti terbabit melibatkan Kampung Telaga, Kampung Pituru di Pitas; Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lintas Sibuga di Sandakan serta FELDA Jengka 8, Jerantut, Pahang.

Ismail Sabri turut mengumumkan PKPD di empat lokaliti ditamatkan esok iaitu Kampung Kubang Jela, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu; Kampung Balung Cocos, Tawau, Sabah dan PPR Pantai Ria serta Taman Bukit Angkasa di Kuala Lumpur.

PKPD di dua kawasan ditamatkan awal iaitu Kampung Jaya Baru, Kunak, Sabah dan Taman Merbau Utama, Mukim Bukit Jawa, Selinsing, Pasir Puteh, Kelantan. PKPD di kawasan tersebut ditamatkan esok.-SM

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button