Nasional

‘Thai Hot Guy’ dibatalkan

ACARA ‘Thai Hot Guy’ yang dijadualkan pada 30 Mac ini telah dibatalkan berikutan arahan polis di tengah-tengah tentangan daripada pelbagai pihak.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata polis mengadakan pertemuan dengan penganjur dan pengurusan premis itu pada jam 2.30 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, dan penganjur bersetuju untuk membatalkan acara itu.

“Amaran keras telah diberikan kepada penganjur agar acara itu dibatalkan.

“Bagaimanapun, polis akan terus memantau premis berkenaan dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, promosi acara yang tular di pelbagai platform media sosial itu mendapat reaksi negatif dan kritikan orang ramai.

Tambahnya, setakat jam 4 petang, polis menerima kira-kira 60 aduan membantah rancangan ini yang menampilkan pelayan lelaki berpakaian silang.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan boleh mengganggu ketenteraman awam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Talian Polis Kuala Lumpur di 03-21159999 atau terus ke balai polis berhampiran. -SM

 

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button