Alam Sekitar

Terumbu karang UPSI di Sabah

Berpegang kepada konsep memasyarakatkan universiti, baru-baru ini Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjayakan projek konservasi terumbu karang di Pulau Tiga, Kuala Penyu baru-baru ini.
Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff menganggap usaha itu membuktikan UPSI cakna dengan program-program yang memberi impak kepada komuniti dan alam sekitar.
“UPSI memiliki kakitangan dan pelajar yang aktif dalam melaksanakan aktiviti komuniti berkaitan kelestarian alam sekitar selaras dengan aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ,” katanya.

Terumbu karang berbentuk tulisan “UPSI” bersedia untuk ditenggelamkan.

Projek itu diketuai Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Teknikal dan Vokasional, Profesor Madya Ts. Dr. Che Ghani Che Kob yang memiliki kepakaran bidang teknikal dan vokasional serta menyelam di dasar laut.
Projek yang turut disertai oleh pengetua Kolej Awang Had Salleh, Kolej Harun Aminurrashid, Kolej Za’ba, Kolej Ungku Omar, serta Kolej Aminuddin Baki itu berjaya membina bingkai terumbu karang berbentuk tulisan “UPSI” diperbuat dari besi sepanjang 15 kaki .
Menurut Ketua Projek menyatakan bahawa projek ini adalah menujukkan komited UPSI memperkukuh libatsama komuniti dan tanggungjawab sosial melalui pendekatan pemeliharaan alam sekitar.
Penanaman terumbu karang ini dilaksanakan melalui empat proses utama iaitu merekabentuk, membangunkan, memasang dan menguji yang mengambil masa selama dua hari sebelum di letakkan di dasar perairan laut Pulau Tiga.
“Proses ini termasuklah membina 15 kaki bingkai batu karang, penyaduran pasir di bingkai, mengikat sebanyak 1000 benih terumbu karang dan melabuhkan bingkai di lokasi sasaran”, katanya.

Kerja-kerja welding tulisan UPSI dari besi untuk dijadikan terumbu karang sedang dilakukan.

Pengurus Taman, Roslizan Sallindan dan Pembantu Taman, Kamin Baluat memberi kerjasama baik dengan memantau setiap proses yang dijalankan sehingga selesai.
Menurut Che Ghani selain pasukan mereka yang membabitkan pelajar UPSI turut mendapat bantuan dan kerjasama kakitangan Lembaga Pemegang Amanah, Taman-Taman Sabah.
“Hasrat dan iltizam kami menjayakan program ini mencerminkan usaha UPSI sebagai universiti perintis dalam bidang pendidikan memberi kesedaran dan pendidikan kepada libatsama komuniti atau organisasi lain terhadap kepentingan memelihara kazanah dasar laut yang tidak ternilai ini tertutamanya kepada golongan pelajar dan generasi belia,” katanya.

(Visited 540 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button