Politik

Terima Kasih Pengundi Lalang & Anak Muda Yang Tak Balik Mengundi Untuk PRN Johor

Seorang lelaki tua tertidur di meja kopi setelah menunggu anaknya yang tidak pulang-pulang dari bandar.

Sepatutnya anaknya pulang pada hari itu untuk mengundi parti kesayangannya yang disayangi sejak muda.

Meskipun partinya memasuki usia warga emas, lelaki tua itu tetap percaya ‘kuda tua’ yang jatuh masih berbisa.

Dalam keadaan mata terpejam dan roh terawang, lelaki tua itu didatangi satu mimpi yang cukup biasa baginya.

Dalam mimpi itu, lelaki tua berkenaan berdiri di atas pentas, memegang mikrofon dan berucap dengan kuat.

“Dulu masa ‘kuda tua’ sihat dan gagah, ramai yang menunggang. Siap jadi kaya, ada juga diberi kuasa.

“Mentang-mentang lutut ‘kuda tua’ ini sudah longgar, sampai hati anak muda ada rasa jijik,” dengusnya.

Ucapan lelaki tua itu dicelah seorang budak memakai baju berwarna hitam yang ralit memegang telefon.

“Pak cik.. orang zaman sekarang dah tak baca ucapan Selamat Hari Raya dalam poskad atau guna Nokia 3310.

“Orang sekarang lebih terbuka tentang perkara yang ada dalam media sosial tetapi masalahnya, muka pak cik & the geng tiada pun,” ujar budak itu sambil ralit bermain permainan video.

Kata-kata itu menyentak mimpi lelaki tua itu dan dia pun terjaga lantas melihat telefonnya.

Dibukannya pada bahagian Whatsapp dan terlihat nama anaknnya baru menghantar kiriman mesej.

Wajahnya berubah di saat membaca kiriman mesej daripada anaknya.

“Maaf ayah.. saya tak nak balik. Sibuk kerja. Lagi pun kalau cuti baik saya bawa menantu dan cucu ayah jalan-jalan.

“Apalah sangat dengan mengundi ni ayah. Ayah lupa dulu? Beratur penat-penat, najis ayah dapat,” tulis anaknya.

Lantas dengan geram lelaki itu menghantar voicenote kepada anaknya.

“Sudahlah.. kamu tak payah baliklah. Kami tak harapkan pengundi lalang atau pengundi muda.

“Biarlah kami yang tua ini kekal berkuasa, boleh kami sakau dengan lebih cekap sedikit kali ini.

“Akar umbi kami pun semua kuat-kuat, ayah doa peratus keluar mengundi rendah agar parti ayah menang,” katanya!

(Visited 489 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button