fbpx
Politik

Tanglung dan Jawi: Menteri tunjuk sikap ‘bias’, kata Mufti Perlis

TUJUH orang menteri yang turun serentak ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Puchong 1 untuk memberikan sokong berhubung isu perhiasan berlebihan sempena Tahun Baharu Cina menampilkan sikap bias atau berat sebelah.

Tegas Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, beliau tidak anti terhadap mana-mana menteri namun beliau mahu sikap yang adil dan tahap kematangan daripada mereka.

“Bukan masalah tanglung tu. Tapi masalah bagaimana awak melayan isu itu. Ketakutan. Tidak adil kepada isu. Sikap yang bias. Ini kalau kena isu orang Islam semua tunduk. Tak boleh cakap. Rahmatan lil alamin. Rahmat apa macam itu.

“Datang isu bukan Islam, kita kena bela rahmatan lil alamin. Hak bela Islam, jangan, bersabar, hikmah, rahmatan di situ. Kita saja yang kena,” kata Dr. Mohd Asri dalam sedutan video ceramah beliau yang dikongsi di Facebooknya.

Mohd. Asri secara sinis berkata, beliau berasa kagum apabila tujuh orang menteri boleh turun serentak ke sekolah berkenaan apabila membabitkan isu tanglung tetapi berasa hairan semangat yang sama tidak ditunjukkan dalam isu Jawi.


“Yang kita kagum bukan senang menteri nak pergi satu sekolah tujuh orang termasuk yang jaga agama kerana ini lambang perpaduan,”

“Tapi dalam isu Jawi walaupun bukanlah syarat manusia belajar Jawi tu. Tapi dilayan dengan tidak betul. Isu Jawi demo, buat bantahan, perpecahan. Dong Zong la.

“Saya tak tengok pun ada menteri yang berani beritahu tak patut sebenarnya benda ini. Tak ada pula menteri kata Jawi juga perpaduan” kata Mohd. Asri.

Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengetuai deligasi memberi sokongan terhadap SMK Bandar Puchong 1 selepas sekolah itu kononnya menerima aduan daripada ibu bapa yang meminta hiasan ‘keterlaluan’ sempena Tahun Baharu Cina diturunkan.

Turut hadir adalah Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi Gobind Singh Deo, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahmah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Juga hadir, Menteri Air ,Tanah dan Sumber Asli, Datuk Xavier Jayakumar dan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Cing. Kesemua mereka mengambil giliran menandatangani tanglung yang ditaja oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara, Ng Sze Han yang turut hadir.-SM

 

 

 

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button