Berita

Pengusaha pelancongan dan makanan diingatkan patuhi SOP

Para pemilik tempat-tempat pelancongan, premis perniagaan dan juga makanan di negeri Perlis hendaklah memastikan semua SOP di tempat tersebut dipatuhi dengan ketat”, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Di samping itu, bagi rakyat Perlis yang ingin merentas negeri untuk bertemu keluarga atau melancong, adalah diseru menggunakan kenderaan persendirian buat masa ini untuk mengelakkan kesesakan dalam pengangkutan awam. Juga, patuhilah segala SOP yang ditetapkan sepanjang perjalanan.

Tuanku Raja Muda bertitah demikian selepas berkenan menyerahkan sumbangan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada seramai 30 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al A’la, Behor Temak Kangar melalui amilnya Kamal Khairi Kasin. Jumlah penuh pada kali ini ialah RM21,000 dan setiap penerima diagihkan sebanyak RM700 seorang.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra, baginda yakin ramai rakyat yang berada di luar Perlis ingin pulang berjumpa keluarga mereka tersayang di sini, begitu juga sebaliknya. Malah mungkin ramai juga yang ingin mengambil peluang untuk bercuti setelah sekian lama berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Oleh itu, rakyat Perlis hendaklah terus melipatgandakan usaha bagi mematuhi segala SOP dan perlu sentiasa menjalankan tanggungjawab sosial masing-masing dengan penuh ikhlas bagi melindungi kita semua.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim mengingatkan semua rakyat Perlis mengenai hakikat norma baharu di mana kita semua kini terpaksa hidup bersama virus Covid-19. Beliau menasihatkan agar mereka yang belum divaksin supaya segera berbuat demikian kerana ia mampu melindungi terutamanya golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas dan individu berpenyakit seterusnya mengurangkan risiko kesan jangkitan yang lebih teruk hingga boleh menyebabkan kematian.

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button