Politik

UMNO sekarang berpecah kepada tiga kumpulan

UMNO sekarang dikatakan berpecah kepada tiga kumpulan iaitu yang menolak kerjasama dengan Bersatu, yang menyokong kerjasama dan yang di tengah-tengah.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa ketika ditanya mengenai cakap-cakap bahawa UMNO perpecah tiga dalam temu bual dengan Mingguan Malaysia mengiyakan perkara tersebut.

“Ya… jawabnya adalah ya,memang sekarang UMNO berpecah,” kata beliau

Bagaimanapun katanya beliau tidak akan membenarkan perkara itu berlaku dan akan melawan.

“Sebab itu saya ketengahkan idea supaya ahli-ahli UMNO mula berfikir. Masalah sekarang manipulasi ini banyak dibuat pemimpin di atas. Tetapi maklumat sepenuhnya tidak sampai kepada akar umbi.

“Kemudian kita gunakan akar umbi untuk sokong cara-cara dan idea kita. Pada hal kita tidak menjelaskan sepenuhnya kepada akar umbi UMNO.

“Akar umbi tidak pernah diberitahu ada cubaan nak kerjasama dengan DAP. Ada perkara-perkara yang kita berunding dengan Bersatu tak disampaikan.

“Yang disampaikan ialah Bersatu tak kena itu dan ini, jahat dan kita racun fikiran akar umbi secara demikian. Jadi apabila akar umbi buat keputusan ia dalam keadaan salah maklumat.

“Maka keputusan-keputusan mereka dipandu oleh kehendak orang di atas dan gerakan yang berbeza itu tak sampai ke bawah.

“Sebabnya masing-masing pemimpin tidak mahu bertembung atau bercanggah pendapat kerana aliran itu dibawa oleh presiden dan orang kanan sekitar presiden. UMNO parti konservatif.

“Sebab itu akan ada orang yang terpaksa membakar diri kalau perlu, termasuk saya untuk melontarkan idea yang sedikit berbeza tetapi lama-kelamaan saya percaya akan berlaku perubahan berasaskan kepada kesedaran dan maklumat yang lebih banyak.

“Orang yang di bawah adalah orang yang jujur ikhlas. Sekarang ini dalam kalangan kami banyak yang sependapat,” katanya.

(Visited 395 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button