Nasional

Talian hotline untuk buat aduan premis, kilang langgar SOP

Kerajaan telah membuka talian hotline bagi membolehkan orang ramai membuat aduan terhadap premis atau kilang yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara itu diputusankan dalam mesyuarat Strategi Pematuhan SOP COVID-19 hari ini bagi memastikan tindakan agensi penguatkuasaan dan pematuhan dalam kalangan pemilik premis perniagaan dan sektor perkilangan.

“Task Force Operasi Pematuhan ini akan memfokuskan kepada pematuhan dan perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan.

“Sehingga 1 Jun 2021, beberapa kementerian telah mengambil tindakan ke atas kilang-kilang dan premis perniagaan yang melanggar perintah dan arahan PKP seperti beroperasi lebih waktu, beroperasi dengan lebih 60 peratus pekerja dan juga beroperasi walaupun telah diarahkan tutup,” katanya.

Orang ramai boleh membuat aduan melalui Malaysian Government Call Centre (MyGCC) di talian 03-80008000, [email protected] atau emel ke aduan.pematuhan.mkn.gov.my.

Sementara itu seramai 952 individu telah ditahan oleh pihak polis semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard.

Ismail Sabri berkata, daripada jumlah tersebut seramai 870 individu telah dikenakan kompaun manakal 81 orang direman sementara seorang lagi diberikan jaminan.

Tidak memakai pelitup muka merupakan kesalahan paling tinggi iaitu sebanyak 252 kes diikuti kesalahan gagal merekodkan butiran diri atau daftar masuk premis sebanyak 176 kesalahan.

Keselahan rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran dan makan di premis merekodkan 116 kes dan tidak patuh arahan kawalan pergerakan sebanyak 110 kesalahan.

Turut ditahan kerana membawa penumpang berlebihan (98), tiada penjarakan fizikal (84), premis gagal patuhi arahan (10) dan lain-lain (106).-SM

(Visited 2,795 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button