Politik

Ubah Jalur Gemilang bukan perkara kecil

Ketua Penerangan UMNO, Dr. Shamsul Anuar Nasarah menganggap perbuatan mengubah Jalur Gemilang bukan isu kecil dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

 

Berikut kenyataan beliau:

HORMATI JALUR GEMILANG

Walauapa pendirian atau fahaman politik kita, bendera negara wajib kita sanjung dan diihormati bersama. Malaysia negara milik bersama, maruahnya mesti dijaga bersama.

Justeru itu, atas apa juga alasan yang diberikan
bendera Malaysia yang diubahsuai dengan lima bintang yang dipaparkan semasa perasmian kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 oleh pihak penganjur MABA (Persatuan Bola Keranjang Malaysia) sangat biadap dan wajar diambil tindakan.

Kerana itu biarpun permohonan maaf telah dibuat, pihak berwajib mesti juga mengambil tindakan.

Perkara ini bukan isu kecil. Kita sangat kesal kerana ini tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab. Penganjur kejohanan ini sangat lalai.

Dalam pada itu kita juga mahu agar pihak berwajib menyiasat apakah perkara yang sama juga berlaku apabila bendera Malaysia turut dipaparkan aecara tidak betul untuk satu poster difahamkan untuk publisiti kejohanan tekwondo pada Ogos 2020. Ini jika benar juga merupakan suatu tindakan yang sangat biadap oleh pihak penganjur.

Dan oleh kerana ia melibat kejohanan sukan saya minta Menteri Belia Dan Sukan secara serius mengambil tindakan terhadap nadan sukan berkenaan.

Kejohanan sukan adalah landasan untul kita memupuk semangat patriotik dikalangan rakyat. Jika ini sengaja dilakukan ia sangat mendukacitakan kerana telah jauh terpesong dari falsafah sebenar kegiatan sukan diadakan.

Paling peliknya kenapa perkara ini berlaku ketika Kerajaan PH memerintah …?

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR HJ NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button