Politik

UMNO Gua Musang tolak kerjasama dengan PPBM

UMNO Bahagian Gua Musang menolak sebarang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Menurut Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ketetapan tersebut diambil dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang berdasarkan suara akar umbi dan ahli-ahli peringkat cawangan.

Tengku Razaleigh berkata, ketetapan tersebut dibuat berdasarkan persoalan survival dan masa depan UMNO.

“Mensyukuri, bahawa UMNO dan Barisan Nasional telah berperanan besar menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan dan telah menyokong pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional sehingga Piliharaya Umum ke-15 demi rakyat.

“Mengakui, bahawa Kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk tersebut telah menafikan hak-hak dan suara UMNO dan BN dalam kerajaan hari ini.

“Menginsafi, bahawa persoalan yang UMNO hadapi kini ialah persoalan hidup mati, persoalan masa depan dan survival parti,” kata Tengku Razaleigh.

Mengenai hubungan dengan Pas, UMNO Gua Musang mahu kerjasama dengan parti tersebut diperkukuhkan.

Bagaimanapun sekiranya Pas dilihat tidak mengutamakan persahabatan dengan UMNO maka hubung kedua-dua parti itu perlu dikaji semula.

“Mengukuhkan kerjasama antara UMNO dan PAS melalui pengukuhan Muafakat Nasional. Kerjasama ini perlu dikaji semula sekiranya PAS tidak mengutamakan hubungan dengan UMNO dalam Muafakat Nasional,” kata Tengku Razaleigh.

Mereka turut mencadangkan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan dalam Suku Pertama 2021 bagi menyerahkan mandat kepada rakyat.

Beliau menegaskan, sekiranya PRU tidak dapat diadakan dalam tempoh tersebut maka ahli Parlimen UMNO perlu menarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional.

UMNO Gua Musang turut mendesak UMNO bertanding tidak kurang daripada jumlah kerusi Parlimen dan negeri yang ditandingi dalam PRU ke-14 dalam yang lepas.

Mereka turut mencadangkan supaya UMNO Bahagian diberi kuasa sepenuhnya untuk memilih dan menentukan calon Pilihan Raya Umum ke-15.-SM

 

(Visited 334 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button