Nasional

Honda CRV terbakar, suami isteri sempat selamatkan diri

SEPASANG suami isteri cemas apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Kilometer 85 Jalan Gua Musang-Lojing.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa Che Yusoff Sulaiman, 61, dan Nurul Awanis Mohammad, 36, dari Pasir Tumbuh, Kota Bharu sempat keluar dari kenderaan itu sebelum ia hangus.
Kejadian berlaku pada 2.30 petang ketika mereka dalam perjalanan dari Cameron Highlands menghala ke Gua Musang.
“Kejadian kereta terbakar di jalan terbabit kerap berlaku sejak kebelakangan ini dipercayai enjin kereta terlalu panas melalui jalan berbukit.
“Susulan itu, pengguna jalan ini dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan memberhentikan kenderaan apabila keadaan enjin panas.
“Sebelum ini sudah dua kenderaan terbakar di jalan itu dan rangka kereta masih ditinggalkan di lokasi kejadian,” Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata,
(Visited 389 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button