Nasional

China tidak akan didiskriminasi untuk masuk ke Malaysia susulan peningkatan COVID-19

Kerajaan tidak akan mendiskrimasi mana-mana negara termasuk China daripada memasuki Malaysia susulan peningkatan kes COVID-19 di negara itu.

Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan memperketatkan pemeriksaan COVID-19 di pintu masuk utama negara termasuk melakukan ujian suhu.

“Sekarang, kita tidak ambil pendirian untuk diskriminasi mana-mana negara, kita tahu kes di negara China meningkat, kematian di Amerika Syarikat juga meningkat (disebabkan COVID-19), jadi kita ambil tindakan untuk menyelamatkan rakyat kita.

“Sesiapa yang memasuki negara harus dipantau dan dikenakan syarat yang sama, kita melakukan pemeriksaan suhu dan kawalan diperketatkan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di sini di sini pada Rabu.

Menurut Perdana Menteri, isu pelancongan dan pertumbuhan ekonomi tidak boleh mengatasi kepentingan mengawal dan merawat rakyat dari segi wabak dan jangkitan termasuk COVID-19.

Menurutnya, pada tahun lalu, seramai 336,000 pelawat China dengan majoritinya adalah pelancong memasuki Malaysia, sementara pada Disember sahaja sejumlah 53,000 pelawat datang ke Malaysia.

“Jadi ia tidak memberi kesan seperti mana yang digembar-gemburkan dan kita tidak melihat jangkitan yang mengaitkan mana-mana negara.

“Saya nak jelaskan isu ini berdasarkan data yang kita peroleh, tapi ini tidak bermakna kita tidak beri kelonggaran kepada mana-mana negara termasuk China. Kita harus pantau menurut keperluan dan kepentingan kita,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan, Malaysia tidak mahu mengambil sebarang tindakan gopoh kerana beberapa laporan berkaitan kadar jangkitan yang tinggi di sesetengah negara.

“Di sini, ingin saya tekankan bahawa kawalan ini diperketat tapi tidak memilih negara kerana umpamanya, mksalnya pengunjung mungkin datang dari Indonesia tetapi bulan lalu, dia ke China.

“Hal-hal sedemikian lebih kompleks, jadi kita tidak mahu ambil tindakan yang gopoh. Jadi dilihat pada tinjauan seluruh dunia, masalah itu lebih menyeluruh dan yang penting adalah kita tidak bertolak ansur dalam menjamin keselamatan rakyat,” katanya.

(Visited 243 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button