Nasionalpilihan

SPRM tahan CEO palsu dokumen jual dua kenderaan

Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) telah ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka petang ini.

Mengesahkan mengenai perkara tersebut Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad berkata, lelaki berkenaan ditahan kerana disyaki telah mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu iaitu Surat Penilaian Harga Kenderaan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri bertarikh 19 April 2021.

Menurutnya, lelaki berusia 46 tahun itu ditahan SPRM kira-kira pukul 2.15 petang ini.

“Ia adalah melalui Resolusi Pekeliling bertarikh 26 Mei 2021 bagi dua buah kenderaan iaitu Toyota Fortuna 2.5G dan Toyota Hilux 2.5G untuk tujuan pelupusan.

“Harga nilaian adalah lebih rendah daripada nilai sebenar yang dikeluarkan oleh JKR dengan tujuan mengelirukan ahli lembaga syarikat berkaitan negeri tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, harga berkenaan memberi faedah kepada lelaki itu dengan membeli kenderaan tersebut pada harga yang lebih rendah.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen Seksyen 18 Akta SPRM 2009 (Akta 694).

Sehubungan itu katanya, lelaki berkenaan akan dituduh di Mahkamah Melaka esok. -SM

(Visited 46 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button