Nasional

Rindu Perlis Hijau, Lindung Diri, Lindung Semua!

Rakyat Perlis dipohon supaya kekallah bersatu hati, jangan mengalah dengan wabak Covid-19 ini! Insha allah.

Demikian titah perutusan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengalu-alukan pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan negeri Perlis di antara lima buah negeri yang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara berkuatkuasa isnin, 5 Julai 2021.

Baginda turut mengajak rakyat di negeri ini supaya teruskanlah mengamalkan disiplin kendiri yang tinggi sepertimana sebelum ini walaupun semakin ramai yang sudah divaksinasi.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, ‘Misi besar kita semua ialah bila mana semua rakyat negeri ini terus menerus menjaga SOP dan lebih ramai penduduk mendapat suntikan vaksin, maka cepatlah kita mencapai imuniti kelompok dan seterusnya rakyat Perlis diharapkan akan dapat segera keluar daripada krisis ini’.

Pada masa yang sama Tuanku Raja Muda berkongsi simpati dengan anak-anak Perlis di perantauan yang tidak dapat dinafikan semua rindu kepada keluarga di kampung. Namun begitu, baginda memohon jasa baik mereka untuk terus prihatin dan memainkan peranan penuh bertanggungjawab masing-masing kerana setakat ini di Perlis, kes-kes Covid-19 yang dikenalpasti ramai melibatkan kontak rapat ahli keluarga. Oleh itu, sabarlah dulu. Kita masyarakat Perlis mesti menjadi contoh dengan terus mengutamakan semua usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini secara bersama, Insyaallah’.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim memaklumkan bahawa Perlis setakat ini berjaya mencatat purata dua kes harian seminggu atau lima kes per 100 000 populasi, kadar penggunaan katil di ICU adalah baik iaitu <40% dan 14 peratus populasi penduduk Perlis telah menerima 2 dos suntikan vaksin.

Beliau juga menerangkan mengenai Pelan Pemulihan Negara yang merupakan satu strategi yang telah dirangka oleh kerajaan sebagai peralihan keluar secara berfasa dari kemelut pandemik Covid-19. Ini adalah untuk melindungi nyawa dan memastikan kelangsungan hidup rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Perlis secara khususnya.

Tambahan pula dengan peningkatan bekalan vaksin sebanyak 16 juta dos lagi pada hujung bulan Julai ini serta peningkatan kadar pemberian vaksin harian, membuatkan kita lebih yakin untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara ini.

Untuk rekod, semasa Fasa Kedua, aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80% di premis. Senarai positif daripada Fasa 1 akan juga diperluaskan semasa Fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor, namun aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Fasa Ketiga pula kelak akan melibatkan peralihan di mana semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi untuk jangkitan Covid-19 yang masih ditutup.

(Visited 262 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button