fbpx
Sukan

Southgate ketepikan Raheem Sterling dari skuad England kerana cekik leher Joe Gomez

RAHEEM Sterling telah diketepikan daripada skuad England pasa pusingan kelayakan Kejuaraan Eropah menentang Montenegro selepas pendedahan dia bergaduh dengan Joe Gomez.

Difaham Sterling cuba mencekak leher Gomez ketika dia tiba di kantin pemain England di St George Park pada Isnin, sehari selepas Manchester City tewas 3-1 kepada Liverpool.

Berlaku pertengkaran antara kedua-duanya dan pihak FA England mengesahkan bahawa Sterling tidak dipilih untuk menyertai skuad yang aka menentang Montenegro pada Khamis ini.

Bagaimanapun, pemain berusia 24 tahun itu masih kekal dalam skuad dan dijangka diturunkan ketika England menentang Kosovo pada Ahad.

Difahamkan Sterling sudah memohon maaf kepada Gomez dan pasukannya selepas pergaduhan itu. Gomez dan skuad England menerima permohonan maaf itu.


Pada perlawanan antara dua pasukan teratas Liga Perdana Inggeris Liverpool dan Manchester City di Anfield Ahad lalu itu menyaksikan Sterling dan Gomez bergaduh pada penghujung perlawanan apabila pasukannya ketinggal 1-3.

Perkara itu terbawa-bawa hingga ke latihan skuad England pada Isnin apabila pemain sayap Manchester City difahamkan telah memberikan reaksi agresif apabila di sapa oleh Gomez di kantin di hadapan rakan-rakan sepasukan yang lain.

Sterling sedang duduk di kantin ketika Gomez toba dan menunduk sikit dari belakang untuk berjabat tangan dengan Sterling, tetapi Sterling membalas dengan cubaan untuk mencekik leher Gomez.

Pemain-pemain England yang lain menyangka Sterling bergurau, tetapi kemudiannya sedar bahawa Sterling sudah hilang kawalan dan mereka menyuraikan kedua-duanya.

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button