Nasional

Norihan Jalal Pengerusi SKM, Mustafa Kamil Pengerusi INSKEN, Onn Abu Bakar di IKMa

Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan  Jalal  telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Mustaffa Kamil bin Ayub dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Amanah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) berkuat kuasa 15 Mac 2024 .

Selain itu Onn Abu Bakar telah dilantik sebagai Pengerusi Institut Koperasi Malaysia (IKMa) berkuat kuasa 1 Mei
2024.

Perkara itu i diumumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick.

Ewon Benedick berkata, kementerian yakin pelantikan Ahmad Norihan dan Mustaffa Kamil serta Onn akan meneruskan kepimpinan dan memacu kecemerlangan dalam merancakkan agenda keusahawanan dan koperasi negara. Ini selaras dengan hasrat kerajaan ke arah pembangunan Malaysia MADANI.

Ahmad Norihan telah melalui satu perjalanan kerjaya yang cemerlang terutamanya sebagai mantan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Malaysia.

Permulaan kerjayanya bermula di dalam Tentera Darat pada 15 Mei 1987 sebagai Ketua Platun di 302 Batalion Infantri (AW).

Beliau kemudian bertukar Kor ke Kor Risik DiRaja dan ditugaskan ke Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (sekarang dikenali sebagai Malaysian Defence Intelligence Organization).

Sejak itu, tempoh perkhidmatannya diwarnai dengan khidmat cemerlang yang telah melayakkan beliau memegang jawatan penting di pelbagai peringkat Tentera Darat dan Angkatan Tentera Malaysia.

Mustaffa Kamil merupakan mantan Pengerusi Akademi Pelatihan, Penerangan dan Penyelidikan Selangor (APSEL).
Beliau yang merupakan anak kelahiran Kampong Gajah, Pasir Salak, Perak memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Genetik dan Ijazah Sarjana Sastera (Sains Politik) di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Onn adalah Ahli Parlimen Batu Pahat, Johor. Beliau seorang yang sangat aktif dalam masyarakat dan telah terlibat sepenuh masa dalam bidang politik dan perniagaan.

Selain itu, beliau memperoleh ijazah dalam kejuruteraan awam dari Oita National College di Jepun dan pernah berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan ini. – SM

(Visited 85 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button