fbpx
Ekonomi

Hanya satu syarikat tempatan disenarai pendek untuk memajukan tenaga solar pada skala besar

SURUHANJAYA Tenaga telah mengeluarkam senarai lima syarikat yang telah disenarai pendekkan untuk memajukan projek Solar Photovoltaic Berskala Besar (LSSPV) di negara ini.

Sedihnya, daripada lima nama yang telah disenarai pendek yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk projek berkapisiti antara 1MW dan 100MW itu, hanya satu sahaja syarikat tempatan.

Empat lagi adalah syarikat dari luar negara iaitu dari Jerman, Sepanyol, Perancis dan Korea Selatan.

Keempat-empat syarikat itu ialah IB Vogt Gmbh  dan Coara Solar Sdn Bhd untuk projek di Marang, Terengganu; JKH Renewables Sdn Bhd dan Solarpack Asia Sdn Bhd di Kuala Muda, Kedah; Engie Energy services S.A an TTL Energy Sdn Bhd di Kerian, Perak dan Konsortium Beseri Jaya dan Hanwha Energy Singapore Pte Ltd untuk projek di Pekan, Pahang.

Satu-satunya syarikat tempatan ialah Cypark Resources Berhad dan Impian Bumiria Sdn Bhd juga di Marang, Terengganu.

Sementara itu, menurut sumber industri, perkara ini mengecewakan syarikat tempatan kerana tender yang diluluskan hanya yang berkapasiti 100ME.


Sedangkan ketika tender dikeluarkan ia adalah antara 1MW hingga 100MW.

Menurut sumber itu, kerajaan sepatutnya memaklumkan dari awal lagi bahawa tender itu hanya untuk yang berskala besar supaya pemain-pemain yang kecil dalam industri tidak kerugian wang deposit untuk tender.

Ini kerana permohonan untuk yang bersaiz kecil pun memerlukan kos sekurang-kurang RM50,000.

Tindakan kerajaan ini kata sumber itu, seolah-oleh mahu membuli syarikat-syarikat kecil yang terlibat dalam industri solar di negara ini tanpa menyediakan penyelesaian.

Sepatutnya kata sumber itu, kerajaan perlu menggalakkan bumbung PV terlebih dahulu kerana pengguna permeteran tenaga bersih atau Net Energy Meterring (NEW) untuk kediaman di negara ini hanya 16 peratus sementara untuk komersial dan industri hanya 30 peratus di sebalik pelbagai insentif yang disediakan.

Kapasiti bumbung PV adalah lebih mudah untuk mencapai sasaran NEW tanpa perlu bergantung kepada projek berskala besar lagi eksklusif. – SM

 

 

 

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button