Ekonomi

MGRC dan tiga rakan kongsi lancar penyelesaian saringan genetik menerusi airasia Super App

PETALING JAYA 6 APRIL – Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (MGRC) sebuah syarikat genomik dan biofarmaseutikal beserta tiga rakan kongsinya mengumumkan pelancaran penyelesaian saringan genetik dan makanan tambahan tersendiri di platform digital pengembaraan dan gaya hidup utama di rantau ini,kepada 51 juta pengguna airasia Super App.

Dua syarikat lain yang turut serta menawarkan perkhidmatan Super App ini ialah Speedoc, sebuah platform klinik maya dan penyelesaian penjagaan kesihatan yang akan menyediakan nasihat bagi keputusan ujian oleh doktor mereka dan Unique Remedy, iaitu pakar farmasi yang akan menyediakan makanan tambahan kesihatan tersendiri.

Pengarah Eksekutif MGRC Noor Azri Noor Azerai berkata, kerjasama ini akan menjadi permulaan kepada siri produk dan perkhidmatan menarik yang akan MGRC tawarkan untuk mengembangkan rangkaian penyelesaian berkaitan penjagaan kesihatan yang mana Malaysian Genomics yang memenuhi keperluan dan kumpulan yang berbeza apabila ramai orang menjadi lebih prihatin tentang kesihatan serta ingin mengetahui lebih lanjut serta mengambil langkah bagaimana mereka boleh memperbaiki atau meningkatkan kesihatan mereka.

“Kesemua penyelesaian saringan genetik termasuklah ujian saringan genetik Dtect Wellness yang melengkapkan makanan tambahan tersendiri berdasarkan keputusan ujian setiap orang. Ujian Dtect Wellness menganalisis DNA setiap orang untuk mengenal pasti petanda genetik yang berperanan penting dalam mempengaruhi nutrisi, kesihatan dan kesejahteraan,” katanya dalam kenytaan di sini hari ini.

Berdasarkan kepada keputusan ujian, makanan tambahan yang dirasakan penting bagi kesihatan seseorang itu akan dikenal pasti, dan makanan tambahan kesihatan tersendiri akan dihasilkan.

Selain daripada Dtect Wellness, ujian lain boleh ditambah kepada penyelesaian itu termasuklah Dtect Onco yang menyaring risiko kanser keturunan, Dtect Cardio & Metabolic yang menyaring penyakit kardiovaskular dan metabolik dan, Dtect PGx yang menyaring risiko kesan buruk dan respon kepada ubat-ubatan yang dipreskripsi.

Penyelesaian ujian saringan genetik ini boleh dibeli di AirAsia’s The Asean Super App.

Mengulas lanjut katanya, inilah kali pertama MGRC menawarkan saringan genetik bersama-sama dengan penyelesaian makanan tambahan kesihatan. Ujian saringan genetik boleh memberi maklumat dan membayangkan risiko kepada banyak jenis penyakit dan keadaan yang memberi kesan kepada kesihatan.

Pengetahuan daripada saringan genetik adalah penting kerana seseorang boleh membuat perubahan kepada gaya hidup dan pemakanan mereka untuk menjalani hidup yang lebih sihat.

Sementara itu, Ketua airasia Super App, Vincent Gooi berkata, pasukan Allstars dan semua pengguna super app adalah keutamaan kami, dan pihaknya amat teruja untuk mengalu-alukan tambahan program saringan genetik MGRC ke platform kesihatan airasia.

“Adalah penting bagi kita untuk menyedari dan mempelajari bagaimana untuk menjaga diri kita sendiri sebelum kita menjaga orang lain. Keputusan ujian komprehensif daripada Dtect Wellness memberi maklumat berguna malahan memberi maklumat lanjut tentang pengurusan berat, respon terhadap nutrisi dan makanan tambahan dan kemungkinan berlaku kecederaan berkaitan aktiviti fizikal.” katanya.

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button