Nasional

Sokong Pas guna logo PN hadapi PRU-15

Wartawan Suara Merdeka

ALOR GAJAH 27 Jun – Ketika Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin sudah membayangkan parti itu akan
menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tetapi bagi Ahli Jawatankuasa Pas
Pusat, Datuk Awang Hashim memberikan pandangan berbeza.

Ahli Parlimen Pendang itu berkata, parti itu tidak menolak menggunakan logo Perikatan Nasional (PN)
bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Menegaskan perkara tersebut, beliau yakin logo PN yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) dan Pas akan terus digunakan pada pilihan raya akan datang.

Beliau yang Timbalan Menteri Sumber Manusia (KSM) berkata, tiada masalah buat Pas menggunakan logo PN
seperti mana yang pernah digunakan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang lalu.


“Kita dalam PN belum pun memuktamadkan lagi logo yang akan digunakan menjelang PRU-15 nanti. Majlis
Mesyuarat Majlis Presiden PN akan diadakan tidak lama lagi.

“Pada perbincangan inilah kita akan putuskan sama ada Pas menggunakan logo sendiri atau logo PN.
Lagipun pilihan raya masih jauh lagi.

“Siapa cakap pilihan raya makin dekat? Setakat ini, tidak ada satu pengumuman yang tepat dan masih ada
setahun lebih lagi sehingga September tahun depan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen ke-25 Institusi Latihan Jabatan
Tenaga Manusia (ILJTM), KSM di Auditorium Iltizam ILP, Selandar dekat sini hari ini yang telah
dirasmikan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Awang ditanya mengenai isu penggunaan logo parti itu menjelang PRU-15 nanti ketika pelbagai pendapat
dan pandangan diberikan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti itu yang dilihat tidak sehaluan.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin sudah membayangkan parti itu akan menggunakan logo
sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, penggunaan logo sendiri dijangka memberi kelebihan kepada calon Pas untuk menang
kerana logo bulan ini sudah dikenali sejak 70 tahun lalu.

Katanya, ia berbeza dengan PRN di Melaka dan Johor apabila lambang Perikatan Nasional (PN) menyebabkan
pengundi jadi keliru.

Mengulas lanjut Awang berkata, PRU-15 tidak wajar diadakan dalam tempoh terdekat memandangkan hampir
kesemua parti kini berdepan dengan pelbagai masalah dalaman seperti UMNO, Parti Keadilan Rakyat (PKR)
dan Bersatu sendiri.

(Visited 43 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button