Nasional

Wanita ditemukan mati tergantung dalam bilik hotel

SEORANG wanita warga asing ditemukan mati dalam keadaan tergantung dalam bilik sebuah hotel air di Genting Hinglands.

Mayat wanita itu ditemukan tergantung dalam bilik air, bilik hotel itu pada awal pagi Sabtu.

Mangsa berusia 32 tahun dikatakan menginap di hotel berkenaan sejak awal tahun ini.

“Pada hari Sabtu, jam 4.36 pagi, Balai Polis Genting Highlands telah menerima panggilan daripada pengurus sebuah hotel di Genting Highlands, berkenaan seorang wanita dijumpai gantung diri di dalam bilik air di sebuah hotel.

“Pada hari kejadian mangsa sedang berbual bersama rakan sebelum bergegas masuk ke bilik air dan mengunci pintu.


“Curiga dengan tindakan mangsa, rakannya cuba membuka pintu bilik air sambil memanggilnya keluar namun usaha itu gagal. Rakannya kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengurusan hotel sebelum dilaporkan kepada polis, ” kata Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar.

 

(Visited 348 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button