fbpx
Politik
Trending

‘Sokong Anwar, mesti dijanjikan sesuatu’

ANGGOTA Parlimen dan pimpinan UMNO tidak akan menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kecuali dijanjikan sesuatu.

Sokongn kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu adalah sesuatu yang asing bagi UMNO selepas lebih 20 tahun berjuang memastikan beliau tidak menjadi Perdana Menteri.

Malah, sokongan kepada Anwar juga mustahil kerana beliau terkenal dengan isu moral dan pernah dihukum penjara selepas didapati bersalah kerana meliwat pembantunya.

Selain itu, Anwar juga didakwa mempunyai pendirian berbeza terhadap ideologi politik seperti menyokong pluralisme agama, LGBT dan keselamatan Israel.

“Hanya orang yang dijanjikan Anwar sesuatu sahaja yang akan mengambil tindakan menyokong Anwar.


“Jangan bagi alasan yang ini semua cadangan untuk selepas Covid-19 (Koronavirus) selesai.

“Ini alasan orang yang takut kena hentam. Mesyuarat tergempar BN (Barisan Nasional) dan MKT (Majlis Kerja Tertinggi) dipanggil secara tiba-tiba dan mengejut ini bukan untuk cerita selepas Covid-19 selesai, tetapi cerita hari ini dan masa terdekat.”

“Bukan semua orang naif dan boleh terpedaya dengan alasan sebegini.”

Demikian kata Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pendirian yang dinyatakan UMNO selepas Mesyuarat Ahli MKT UMNO malam tadi.

UMNO secara konsensus membuat keputusan untuk terus memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional.

Ia dilihat selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada Ahad lalu yang meminta segala bentuk permainan politik dihentikan.

Dalam pada itu, selaras dengan pendirian pimpinan UMNO, Tun Faizal turut menyarankan supaya langkah pengukuhan peringkat parti BN  dan MKT dilaksanakan.

“Fokus kepada memerangi penularan Covid-19, lupakan dahulu soal bubar Parlimen dan tukar kerajaan atau PM (Perdana Menteri) di saat keutamaan perlu diberikan kepada usaha menangani Covid-19.

“Segera wujudkan Majlis Presiden (UMNO, PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan Pas), bentuk Jawatan Kuasa Rundingan dan bawa ke meja perundingan perkara-perkara yang dipertikaikan oleh UMNO terhadap PM ketika ini.

“Mencari penyelesaian terhadap perkara2 yang menjadi pertikaian seperti soal jawatan, kerusi, isu2 pokok pentadbiran dan perjuangan yang perlu diselesaikan segera.

“Tidak termasuk isu-isu melibatkan hal peribadi pemimpin.

“Buat perjanjian bertulis agar semua ini dipatuhi selepas membentuk kerajaan nanti.

“Itu lebih baik daripada mencadangkan bubar parlimen dan beri sokongan kepada Anwar ketika ini,” jelasnya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button