Sukan

“Muhamadur.. Esok Masuk Kerja Macam Biasa, Jangan Mogok,” – Majikan

Setelah menerima pelbagai usikan nakal netizen Malaysia, skuad Harimau Malaya malam ini berpesta gol apabila berjaya menewaskan Bangladesh 4 – 1.

Terdahulu, skuad Harimau Malaya tewas kepada Bahrain 1 – 2 kerana pelbagai faktor dan alasan yang paling gemar dibisingkan netizen adalah masalah padang.

Namun begitu, mujur pada malam ini, padang Stadium Nasional Bukit Jalil kelihatan cantik dan skuad Harimau Malaya mampu meliar dengan ganas.

Walau bagaimanapun, tahniah juga diucapkan kepada pasukan Bangladesh yang menunjukkan komitmen yang baik ketika bermain.

Sekurang-kurangnya, kerinduan warganegara Bangladesh yang ramai bekerja di sini terubat apabila melihat pasukan daripada negara mereka turut berlawan di sini.

(Visited 383 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button