‘Skandal Shuk’ buat laporan polis, dakwa difitnah
SELEPAS beberapa sisi pendedahan yang dilakukan terhadap ‘skandal shuk’ yang dikenali sebagai Fara Salleh, nampaknya wanita itu mula mengambil tindakan.
Pendedahan yang dilakukan bekas kekasih wanita itu, Kecik menerusi akaun twitternya mula membuatkan netizen menganggap bahawa Fara Salleh sebenarnya seorang wanita yang psiko!
Mungkin tidak tahan dengan tanggapan netizen terhadapnya, wanita itu didakwa telah membuat satu laporan polis.
Menerusi perkongsian di Instagram @fztys_, wanita berkenaan telah didakwa bahawa dirinya telah difitnah menerusi pendedahan di Twitter.
“Seorang artis (pelakon) memberitahu bahawa ada pihak media menyebarkan fitnah di antara saya dan Shukri dan fitnah tersebut adalah mengatakan bahawa saya dan Shukri mempunyai hubungan sulit.
BACA> Skandal Shuk disifatkan sebagai wanita ‘psiko’
“Yang mereka-rekakan cerita tersebut adalah bermula dari Twitter @tylrtaylorGirll yang memulakan gosip tersebut,” katanya dalam laporan polis itu.
Menurutnya lagi, semua perkara tersebut adalah tidak benar dan dirinya telah difitnah serta menyatakan gambar yang telah tersebar di media sosial adalah gambar lama.
Sebelum ini, seorang pengguna Twitter telah membuat pendedahan tentang hubungan antara wanita itu dengan pelawak dan pengacara Shuk.
Susulan pendedahan itu, ramai yang mula mengecam Shuk sebelum bekas vokalis kumpulan Hyper Act, Kecik pula melakukan pendedahan mengenai wanita itu.
BACA> Shuk kantoi curang, tutup ruangan komen IG
Malah, pendedahan Kecik yang pernah dipukul Fara Salleh dan beberapa lagi sikap menjengkelkan wanita itu membuatkan netizen mula menghentam skandal Shuk itu.
Untuk rekod, selain Kecik dan Shuk, wanita itu juga pernah dikaitkan bercinta dengan Shahz Jaszle.
Shahz Jaszle sebelum ini juga pernah memberitahu bahawa wanita itu yang memerangkapnya hingga mereka berdua ditangkap khalwat. -SM