Hiburan

Tiada Bayaran: Siti Nurhaliza Hanya Sokong Majlis Raya KKM

BIDUANITA, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menafikan tuduhan menerima bayaran untuk membuat persembahan sempena Majlis Aidilfitri anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), baru-baru ini.

Siti menegaskan, kehadirannya di majlis tersebut adalah atas undangan rasmi tanpa sebarang bayaran diterima, baik untuk dirinya mahupun pasukan produksi.

“Saya hadir sebagai tanda sokongan kepada program KKM, bukan atas kontrak persembahan berbayar. Tidak ada sebarang imbuhan diterima,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Mengulas dakwaan yang tular di media sosial, Siti berkata beliau sudah lali dengan pelbagai spekulasi, namun berharap masyarakat tidak mudah membuat tuduhan tanpa fakta.

“Saya sentiasa menjaga nama baik dan profesionalisme sebagai anak seni. Jangan mudah percaya pada berita yang tidak sahih,” ujarnya lagi.

Majlis Aidilfitri anjuran KKM berlangsung penuh meriah dengan kehadiran warga kementerian serta jemputan khas.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button