Hiburan

Skandal Shuk disifatkan sebagai wanita ‘psiko’

RAMAI tertanya-tanya siapa sebenarnya Fara Salleh yang dikaitkan mempunyai hubungan rapat dengan pelawak dan pengacara, Shuk.

Apatah lagi wanita yang sama juga pernah dikaitkan dengan bekas vokalis kumpulan Hyper Act, Kecik dan pelakon, Shahz Jaszle.

Kecik menerusi akaun Twitter miliknya membuat pendedahan mengenai wanita tersebut hingga netizen menyimpulkan yang sebenarnya skandal Shuk itu seorang yang ‘psiko’.

Malah, Kecik juga memberitahu yang Shuk pernah menghubungi supaya dia dapat lari daripada wanita tersebut.

“Sera, wife kepada Shuk pernah hubungi saya dan beritahu yang suaminya dengan Fara ada di balai kerana wanita itu buat laporan polis yang mendakwa Shuk memukulnya.

BACA> Shuk kantoi curang, tutup ruangan komen IG

“Tetapi, sebelum kes itu, isteri Shuk juga beritahu yang Fara pernah datang serang suaminya di sebuah stesen televisyen dengan membawa pisau,” katanya.

Namun menurut Kecik, sikap Shuk yang masih menjalin hubugan dengan Fara walaupun sudah menghubunginya untuk meminta bantuan lari daripada wanita tersebut membuatkan dia enggan menolong pelawak itu.

Jelasnya, dia sendiri takut dengan dengan Fara kerana wanita itu boleh meracau dalam keadaan yang tidak tentu hala dan membahayakan dirinya sendiri.

Kecik sebelum ini pernah ditahan selama tujuh hari di lokap kerana memukul wanita itu juga sebenarnya kerap dipukul bekas kekasihnya itu.

Bercerita mengenai perkara itu, ujarnya, sewaktu dia tinggal bersama dengan wanita itu, beberapa kali dia dipukul kerana sikap wanita itu yang terlalu inginkan perhatian.

BACA> Sugu Pavithra kembali ke alam Youtuber, mohon sokongan orang ramai

Malah, perbuatannya melindung diri daripada dipukul wanita tersebut yang membuatnya terpaksa memegang tangan dan peha bekas kekasihnya itu hingga terdapat kesan lebam.

Selain itu, Kecik turut berkongsi bagaimana wanita itu memfitnahnya dengan anggota Hyper Act sehingga mengganggu kerjaya seninya bersama kumpulan itu.

“Dia laga-laga kan Ali dengan orang-orang yang terlibat dengan Hyper Act. Yes dia berjaya akhirnya. Aku kena buang.. pastu aku masuk lokap 7 hari atas dakwaan aku pukul dia setiap hari.

“So korang boleh agak kan setiap hari aku jadi mangsa pukul dia dekat rumah sebab aku dapat rakam banyak video,” dedahnya.

BACA> Adibah Noor gadai emas untuk tampung kewangan hidup

Pendedahan demi pendedahan yang dibuat Kecik terhadap skandal Shuk itu membuatkan ramai mula menganggap yang Fara sebenarnya seorang wanita yang ‘psiko’. -SM

(Visited 14,894 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button