Hiburan

Shuk kantoi curang, tutup ruangan komen IG

Kecoh juga minggu ini dengan beberapa kes curang melibatkan suami orang yang terkenal dan kaya.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter mendakwa pelawak dan pengacara, Shuk pula curang dengan seorang wanita.

Selain mendedahkan kecurangan Shuk, dia turut memuatnaik gambar berserta beberapa bukti lain yang mengaitkan wanita dikenali sebagai Farah Salleh dengan lelaki itu.

Ada juga pengguna Twitter lain yang memberitahu bahawa wanita itu sebelum ini sudah beberapa kali cuba menggoda lelaki berstatus suami orang.

BACA> Lima artis Kpop dengan pendapatan YouTube tertinggi

Ini bukan kali pertama wanita itu dikaitkan menjalin hubungan dengan selebriti iaitu Shahz Jaszle dan bekas penyanyi kumpulan Hyper Act, Kecik.

Malah, Shahz Jaszle sebelum ini pernah memberitahu yang dia sebenarnya diperangkap oleh Farah Salleh hingga ditangkap khalwat pada 2013.

Kecik pula pernah dikompaun RM200 kerana memukul Farah Salleh yang ketika itu merupakan teman wanitanya pada 2017.

BACA> Adibah Noor gadai emas untuk tampung kewangan hidup

Buat masa ini, Shuk tidak memberi sebarang komen lagi berkaitan kes berkenaan manakala ruangan komen Instagramnya pula telah ditutup. -SM

(Visited 7,478 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button