Politik

Hak Bersatu untuk tanding berapa banyak kerusi yang diingini

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempunyai hak untuk bertanding di mana-mana kerusi pilihan raya yang mereka mahukan.

Malah parti itu juga boleh bertanding sebanyak mana kerusi yang mereka ingini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebagaimana Bersatu, Barisan Nasional juga berhak untuk bertanding di mana-mana kerusi yang mereka hajati.

“Bersatu boleh bertanding seberapa byk kerusi yg mereka mahu.Itu hak mereka.Cubalah. BN juga begitu,” ciap Annuar.

Tambah Annuar, jika mahu memberi cabaran kepada parti Warisan dan mencapai kemenangan semua kerusi yang dipertandingkan harus menyaksikan satu lawan satu.

Justeru semua pihak dalam Perikatan Nasional perlu melakukan rundingan dan memberi laluan kepada parti yang lebih kuat untuk bertanding.

Sebelum itu, Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, parti itu mahu bertanding di 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Menurut Hajiji, mereka telah mengenal pasti kesemua kawasan DUN berkenaan.

Hajiji berkata, Bersatu Sabah bersedia berbincang dengan parti-parti dalam komponen Perikatan Nasional (PN), UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN Sabah, demi mengumpul kekuatan untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

Menurut beliau, Bersatu Sabah juga akan menawarkan manifesto dan hala tuju terbaik untuk rakyat Sabah, yang antara lain memberi fokus kepada membangun semula ekonomi negeri setelah berhadapan krisis dan pandemik COVID-19.-SM

Tags
Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Penulis mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. 'Kehilangan' jurukamera ketika bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah penulis lupakan.

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!
Close
Close