Nasional

Sirul minta maaf kepada keluarga Altantuya

BEKAS pegawai polis Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibu pada 2006, berkata adalah berbahaya baginya untuk pulang ke Malaysia.

Dalam temu bual eksklusif dengan akhbar Al Jazeera English, 101 East, yang disiarkan pagi ini, Sirul turut memohon maaf kepada keluarga Altantuya dan memohon ampun.

Ia merupakan temu bual pertamanya sejak dibebaskan dua minggu lepas dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, Sirul Azhar mendakwa beliau tidak bertanggungjawab atas pembunuhan Altantuya walaupun didapati bersalah oleh mahkamah Malaysia.

Dia mendakwa bahawa dia dijadikan kambing hitam dan terperangkap dalam permainan politik, mengaku menerima RM1 juta semasa berada di Australia daripada sumber yang tidak didedahkan.

“Pembebasan beliau susulan keputusan Mahkamah Tinggi negara pada 8 November lalu yang menyatakan bahawa tahanan bukan warganegara yang tidak boleh dihantar pulang dan tidak boleh ditahan selama-lamanya oleh pihak berkuasa imigresen.

Berikutan keputusan ini, 92 individu, kebanyakannya pelarian, termasuk yang lain yang disabitkan dengan jenayah kekerasan, dibebaskan dan dibenarkan tinggal di Australia di bawah syarat-syarat tertentu. -SM

Baca : Anggota Polis putus kaki kanan dilanggar pemandu mabuk

(Visited 101 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button