Nasional

Persoal peranan Agong: Umany tuntut pampasan jika dikenakan tindakan

Persatuan Pemuda Baharu Univeristi Malaysia (Umany) mencabar tindakan yang mahu diambil oleh pentabiran Unversiti Malaya berkaitan kenyataan yang dikeluarkan badan pelajar itu terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Badan pelajar itu berkata, mereka akan menuntut pampasan melalui perundangan sekiranya UM mengambil tindakan terhadap mereka.

“Umany mengkritik sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti Malaya pada 1 November.

“Sekiranya pihak UM ingin mengambil tindakan tatatertib terhadap Umany yang mengadakan perbincangan akademik secara rasional, kami berkemungkinan akan mencabar tindakan tersebut melalui sistem perundangan untuk menuntut pampasan.

“Umya berpendirian teguh dalam mempertahankan kebebasan dan hak bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Umany dalam satu kenyataan di Facebook.


Facebook rasmi persatuan itu sebelum ini dinyah aktifkan selepas netizen menyerang laman tersebut sejurus Umany mengeluarkan kenyataan terhadap peranan Yang di-Pertuan Agong. Bagaimanapun ia telah diaktifkan semula malam tadi.

Dalam hantaran sebelum ini, Umany dilaporkan berkata, Malaysia telah meneruskan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sejak penubuhannya.

Menurut persatuan itu, Artikel 40, perenggan 1A Perlembagaan, Ketua Tertinggi Persekutuan (YDPA) harus bertindak sesuai dengan nasihat yang dibuat oleh Kabinet.

“Sama ada melantik Ketua Hakim, duta diplomatik atau bahkan meluluskan berbagai undang-undang di Parlimen, raja tidak mempunyai wewenang,” kata Umny.

Persatuan itu menyatakan pendirian, iaitu Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mencampuri urusan negara, tetapi perlu sentiasa menjaga sikap berkecuali dan memainkan peranannya dalam kerangka yang dibenarkan oleh Perlembagaan.

Pada 1 November Pejabat Komunikasi Korporat UM mengutuk kenyataan Umany yang disifatkan sebagai tidak menghormati institusi raja.

Sehubungan itu, satu siasatan segera akan dilakukan oleh pihak pengurusan tertinggi universiti itu ke atas badan pelajar berdaftar berkenaan.

Pejabat Komunikasi Korporat UM, pihaknya memandang serius satu hantaran melalui laman Facebook bertajuk “Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal negara” yang dimuat naik UMANY.

“Ditegaskan, bahawa UM menjunjung dan menghormati institusi beraja. Oleh itu, pengurusan tertinggi UM mengutuk sebarang kenyataan yang melanggar atau bertentangan dengan prinsip tersebut.

“UM akan menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini dengan segera,” katanya.-SM

(Visited 227 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button