Hiburan

Shaza Bae diganggu makhlus halus ketika penggambaran

Kejadian seram sering berlaku di lokasi penggambaraan filem atau drama seram dan kejadian yang sama turut dilalui oleh seorang pelakon jelita, Shaza Bae.

Shaza Bae berkongsi bahawa dia diganggu makhluk halus semasa penggambaran drama seram komedi bertajuk Jangan Ganggu Jodohku.

Menurutnya, kejadian itu berlaku di set penggambaran di sebuah rumah inap desa di mana kejadian aneh itu mula dirasai sebaik saja selesai waktu solat Maghrib.

“Saya bawa watak Aliza yang mempu melihat makhluk halus dan memang banyak babak saya kena rasuk dalam drama ini.

“Tapi ketika penggambaran untuk babak pembukaan cerita dalam episod satu, ada sesuatu yang aneh berlaku.

“Ketika itu saya berada di atas pelamin, sedang ingin berkahwin dan kemudian saya dirasuk.

“Tapi peliknya sebelum itu saya dah rasa seram sejuk, macam tak sedap badan dan jantung mula berdegup kencang.

“Untuk babak itu juga saya perlu menjerit, jadi ketika saya menjerit, jeritan tersebut terputus sebab saya rasa macam ada orang tarik tangan saya,” Katanya.

Tambahnya, disebabkan kejadian itu, dia dibawa masuk ke dalam bilik manakala penggambaran terpaksa dihentikan.

“Saya terus dibawa masuk ke dalam bilik untuk dibacakan ayat Kursi dan saya terus menangis.

“Saya rasa sayu sangat tapi tak tahu kenapa, rasa nak menangis saja,” ujarnya.

Dia turut merasakan seperti ada seseorang berbisik di tepinya ketika kejadian itu.

“Seolah-olah ada bisikan di telinga dan saya mula rasa lain, jadi penggambaran terpaksa dihentikan kerana keadaan agak tak terkawal,” katanya. – SM

(Visited 684 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button