Sukan

Shahrifuddin dinobatkan juara golf PGM Maybank

KUALA LUMPUR 24 Mac – Pemain kelahiran Melaka, Shahrifuddin Ariffin muncul juara pada Kejohanan PGM Golf
Maybank bernilai RM120,000 di Saujana Golf & Country Club di sini hari ini.

Pukulan eagle dan birdie di dua lubang terakhir membolehkan pemain itu melakar catatan sembilan bawah par
207 pukulan untuk bergelar juara untuk menerima hadiah wang tunai RM21,000.

Kejayaan buat Shahrifuddin itu menebus kekecewaannya pada Kejohanan PGM Trofi Tun Ahmad Sarji di lapangan
yang sama baru-baru ini.

Berbekalkan tiga bawah sebelum memulakan aksi terakhir, dia tangkas beraksi cemerlang apabila membenam
enam bawah par 66 pukulan untuk sah bergelar juara.

Daeng Abdul Rahman pula selesa muncul selaku naib juara apabila mencatat enam bawah par 210 pukulan
ketinggalan tiga pukulan di belakang Shahrifuddin mendapat RM13,800.

Pemain tersohor negara, Gavin Green sekadar mampu berada di tempat ketiga selepas melakukan empat di bawah
par 212 pukulan berkongsi kedudukan dengan Nichloas Fung.

Gavin yang baru menjuarai Kejohanan PGM Trofi Tun Ahmad Sarji baru-baru ini nyata gagal mengekalkan rentak
permainan apabila sekadar berkongsi kedudukan di tempat ketiga.

Bagi kategori wanita pula pemain amatur Mirabel Ting muncul juara apabila melakar satu bawah par 215
pukulan dan naib juara dimiliki Aretha Pan dengan satu atas par 217 pukulan.

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button