Luar Negara

Selepas bertengkar dengan isteri, lelaki tembak mati 9 ahli keluarga

SELEPAS bertengkar dengan isteri, seorang lelaki telah menembak mati sembilan ahli keluarga di barat laut Pakistan.

Lelaki berkenaan dikatakanmenyerbu masuk ke dalam rumah mangsa pada tengah malam dan menembak tiga wanita dan enam lelaki di bandar Batkhela di daerah Malakand, wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Seorang pegawai pentadbiran tempatan, Rab Nawaz berkata, polis Berjaya menahan suspek yang merupakan menantu kepada keluarga yang terbunuh.

“Isteri suspek bertengkar dengannya dan dia pulang ke rumah bapanya dan tinggal di sana,” kata Rab.

Pada malam Rabu, menantu lelaki itu bersama dua yang lain datang dan memasuki rumah bapa mentuanya sebelum membunuh sembilan orang termasuk isterinya ketika mereka sedang tidur.

Hanya tiga kanak-kanak dilaporkan terselamat dalam serangan bersenjata itu.

Pakistan sedang meraikan Aidiladha dan ekoran tragedi itu, penduduk di kawasan itu kini berkabung.

“Ia adalah satu kejadian yang tragis dan seluruh bandar terkejut dengan pembunuhan kejam keluarga ini,” kata seorang penduduk tempatan, Abdul Hakim.

Hakim berkata, penduduk tempatan turut mengadakan protes menuntut hukuman berat terhadap pesalah. – SM

BACA Lans Koperal tembak isteri direman seminggu

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button