Luar Negara

4 rangka bayi ditemukan di kebun dari hasil dari sumbang mahram anak dan bapa

Satu penemuan yang mengejutkan di sekitar penduduk tempatan di Jawa Tengah di Indonesia, apabila pihak polis ditemukan empat rangka bayi yang dibalut dengan kain di sebuah kebun.

Pihak polis ditemukan empat rangka bayi yang dibalut dengan kain di sebuah kebun.

Pada awalnya rangka bayi itu telah ditemukan oleh seorang pekerja yang datang kebun tersebut bagi proses menggali tanah.

Setelah menemukan tulang-belulang bayi yang ditanam pada ke dalaman 50 cm itu, dia kemudian bertindak melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Susulan dari siasatan, polis menahan seorang wanita berusia 25 tahun yang mengakui bahawa dia adalah ibu kepada empat rangka bayi yang ditemukan itu.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Banyumas, Agus Supriadi berkata pihaknya masih menyiasat kes tersebut sama ada suspek menggugurkan kandungan atau membunuh bayi-bayinya.

“Kami belum tahu lagi, kami sedang menyiasat sama ada berlaku pengguguran atau pembunuhan. Apa yang jelas, dia mengaku itu (rangka bayi) adalah anak-anaknya.” Katanya.

Timbul juga dakwaan bahawa anak-anak yang dilahirkan oleh wanita tersebut adalah hasil hubungan sumbang mahram dia dan bapanya.

Malah suspek juga mengaku pertama kali dia melahirkan anak adalah pada tahun 2012, sebelum ini suspek juga pernah tinggal bersama bapanya di sebuah pondok berdekatan dengan tempat rangka bayi itu ditemukan.
“Ketika berusia 14 tahun dia hamil dan sejak 2012 dia sudah bersalin.”

Timbul juga dakwaan bahawa terdapat anak hasil hubungan terlarang itu yang masih hidup dan dibesarkan oleh keluarga angkat.

Penduduk kampung juga berkata wanita tersebut serta bapanya pernah diusir dari kampung dan berpindah randah.

Pihak berkuasa kini masih meneruskan cari gali kerana berkemungkinan bukan hanya empat mayat bayi yang ditanam di situ.

Dalam masa yang sama polis juga sedang berusaha mencari bapa wanita berkenaan untuk siasatan lanjut.

Artikle Berkaitan :>

Pengasuh ditahan polis, disyaki lakukan pengabaian bayi sehingga maut

Pengasuh pukul, tepuk kepala bayi direman

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button