Luar Negara

Selain Copenhagen, Ini Antara Bandar Yang Selamat Menghadapi Covid-19

Covid-19 mengubah gaya hidup bandar seluruh dunia setelah beberapa sektor ekonomi terpaksa ditutup bagi mencegah penularan wabak tersebut.

Dalam masa sama, bandar-bandar ini juga perlu memikirkan keselamatan dan perlindungan kesihatan warganya daripada wabak tersebut.

Memetik laporan BBC, Economist Intelligence Unit (EIU) membuat kajian berkenaan Indeks Bandar Selamat 2021 dan terdapat lima negara yang tersenarai.

“Daripada lima bandar itu, Copenhagen mencapai kedudukan teratas diikuti Toronto, Singapura, Sydney dan Tokyo.

“Copenhagen berada di kedudukan teratas kerana menyediakan ‘panduan-Corona’ untuk membantu orang awam dan membina semangat masyarakat,” ujar EIU.

Dalam masa sama, panduan-Corona ini membolehkan setiap penduduk saling bekerjasama dan mempercayai antara satu sama lain bagi melawan Covid-19.

EIU mengeluarkan Indeks Bandar Selamat 2021 sebagai kayu ukur tahap keselamatan dan kesihatan warga bandar mengikuti pecahan negara.

Kata EIU, Toronto berada di kedudukan kedua kerana komunikasi yang baik dalam menyebarkan kesedaran serta penggunaan vaksin.

Warga Toronto, Farida Talaat memaklumkan, dua program vaksinasi khusus untuk komuniti setempat berjaya menjadikan bandar tersebut lebih selamat.

“Rancangan The Honebound Sprint Vaccination berfungsi untuk menyelesaikan dos pertama bagi penduduk yang tidak dapat meninggalkan kediaman mereka.

“The Black Scientists Task Force on Vaccine Equity pula yang ditubuhkan pada awal usaha vaksinasi sangat menekankan ekuiti terhadap inokulasi,” katanya kepada BBC.

Bagi tempat ketiga, Singapura memiliki kekuatan dari segi dalam keselamatan digital, keselamatan kesihatan dan keselamatan infrastruktur.

Warga negara tersebut, Sam Lee berkata, Singapura bergerak dengan cepat menghadapi wabak selepas melancarkan pemantauan dan pengesanan kontak.

“Penduduk Singapura perlu mengimbas aplikasi TraceTogether atau SafeEntry check-ins sebelum memasuki premis,” katanya.

Australia merupakan salah satu negara yang pertama yang menutup sepenuhnya sempadan dan mengekalkan lockdown yang ketat untuk menghadapi kes yang semakin meningkat.

Hasilnya, Australia menduduki tempat keempat untuk indeks yang dikaji selain mencatat angka kematian terendah setelah mencapai 70 peratus vaksinasi di New South Wales.

Di tempat kelima, meski pun Olimpik Tokyo menyebabkan kes Covid-19 meningkat namun kadarnya turun mendadak kerana vaksinasi di bandar tersebut telah mencapai 60 peratus.- SM

(Visited 56 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button