Luar Negara

Covid-19: Havana kembali laksana perintah berkurung

Susulan peningkatan kes di Havana

KERAJAAN Cuba kembali melaksanakan perintah berkurung di Havana semalam susulan peningkatan kes Covid-19 di bandar itu.

Perintah tersebut sekali gus menyaksikan perkhidmatan restoran, bar dan kolam renang diarah tutup sekali lagi selain penggantungan perkhidmatan awam dan larangan ke pantai.

Menteri Kesihatan, José Angel Portal memaklumkan, 59 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, menyifatkan keadaan tersebut boleh menjadi tidak terkawal sekiranya pihak berkuasa lambat bertindak.

Daripada jumlah tersebut, 41 adalah kes import yang kebiasaannya dikesan dari Venezuela.

Portal turut menasihatkan pihak berkuasa agar mengawasi seluruh negara secara berhati-hati memandangkan kebanyakan kes Covid-19 dikesan tidak menunjukkan gejala sejak sebulan lalu.

Bulan lalu, Cuba mula melonggarkan sekatan di negara itu  selepas penularan Covid-19 dilihat menurun.

Setakat ini, Cuba merekodkan 2,829 kes Covid-19 dengan 88 kematian berkaitan wabak tersebut. – ASTRO AWANI – SM

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button