Sukan

TFight Festival 2023 cipta sejarah Kejuaraan Muaythai terunggul

ACARA Kejuaraan Muaythai TFight Festival 2023 yang berlangsung di Kuala Teregganu selama dua hari, 29 hingga 30 September lalu bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak, Kompleks Sukan Negeri Terengganu mendapat sambutan hangat dan diluar dugaan.

TFight Festival 2023 bukan hanya sekadar Kejuaraan Muaythai biasa-biasa shaja tetapi juga merupakan keupayaan menggabungkan nilai-nilai masyarakat dengan olahraga.

Sebagai prestasi utama, acara ini dengan bangga memperkenalkan trademark “Sukan Patuh Syariah” dan “Fit Is Sunnah” yang merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu serta Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu.

Dengan komitmen menjaga keselarasan dengan nilai-nilai agama dan kesihatan, TFight Festival 2023 telah membuktikan bahwa olahraga dan patuh syariah itu mampu jalan seiring.

Kejayaan pertama terlakar dari TFight Festival 2023 ketika acara ini diakui oleh The Malaysia Book of Records apabila persembahan seni bela diri tanpa henti selama 16 jam bermula jam 9 pagi, 29 Sepetember dan berakhir pada jam 1.02 pagi 30 September.

“Acara ini disertai 11 persatuan dan pertubuhan seni mempertahankan diri di Malaysia seperti Taekwando, Karate, Wusyu, Pertubuhan Seni Gayung Serantau Malaysia Negeri Terengganu, Judo, Karate PDRM, Muaythai dan Pesaka,” menurut satu kenyataan.

Acara penyampaian sijil disempurnakan oleh wakil The Malaysia Book Of Records, Mohd Nazrul Hafizi kepada Presiden Muaythai Terengganu, Master Najmi Abdullah.

Ini adalah bukti nyata betapa istimewanya acara ini dalam dunia seni bela diri dan kecemerlangan sukan.

“Kami bangga mengumumkan bahawa kehadiran pengunjung dalam acara ini mencapai angka luar biasa iaitu sekitar 20,000 orang pengunjung dan pelancong. Mereka hadir untuk menyaksikan dan merasai semangat TFight Festival 2023.

“Ini adalah penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjadikan acara ini kejayaan besar,” kata Master Najmi dalam kenyataan yang sama.

Beliau berkata, TFight Festival 2023 telah mencipta sejarah dalam dunia Muaythai dan menjadi contoh bagaimana olahraga dapat menjadi alat untuk mempromosi nilai-nilai perpaduan pada masyarakat.

“Kami berharap semangat yang diperlihatkan dalam acara ini akan terus memberi inspirasi kepada masyarakat untuk hidup sihat, aktif dan patuh terhadap nilai-nilai yang dianut,” katanya.

Kata Master Najmi lagi, ternyata objektif penganjuran T-Fight Festival 2023 ini tercapai untuk menghimpunkan para penggiat serta penggemar sukan tempur dari dalam dan luar Terengganu mahupun dari luar negara bagi mengambil peluang apa jua manfaat yang diisi sepanjang program ini.

Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, Persatuan Muaythai Malaysia (PMM) menyusun atur dua acara iaitu Kejuaraan Amatur Muaythai dan Kejuaraan Amatur Kickboxing yang berlangsung serentak di perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Acara utama program ini adalah T-Fight Terengganu International Muay Thai untuk tujuh pertarungan meliputi 1 Super Four (3 pertarungan) dan 4 Super Fight (4 pertarungan).

Acara ini menampilkan nama-nama besar petinju muaythai Malaysia seperti Mohammad Rafi Abdul Manaf (Mat Ropi), Ali Yaakob dan Alif Rakid.

Turut hadir menyaksikan pertarungan di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan, Hishamuddin Abdul Karim, Prof Madya Dr. Mohamad Sabri Haron dan Ketua Polis Negeri Terengganu, Datuk Mazli Mazlan.

Hadir sama Dato’ Mufti Terengganu, Dr Mohamad Sabri Haron ke Stadium Tertutup Gong Badak bagi menyaksikan perlawanan utama tinju Muaythai ini memberikan impak positif bahawa sukan muaythai yang dianjurkan oleh TFight mampu menjadi tanda aras kepada penganjuran sukan ini pada masa hadapan yang patuh dan mengikut kehendak syariah dan yang paling utama menutup aurat.

 

Acara kemuncak ini turut menyaksikan kehadiran General Secretary of the International Federation of Muaythai Amateur, Stephen Fox, wakil daripada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia serta wakil Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Selain itu acara utama yang menjadi tumpuan pengunjung, pelbagai acara sampingan menarik turut mendapat sambutan sepanjang program berlangsung.
Antaranya, T-Fight Tranung Jom Fit, Pencarian badan cantik – Mr.  Awang Nelang, pameran serta acara kepolisan (T-Fight Sang Saka Biru), pameran dan promosi industri pelancongan, T-Fight Tranung Delicious, Busking Challenge dan E-Sport Challenge.

 

Senarai penyertaan Persatuan/pertubuhan/kelab seni beladiri bagi pengiktirafan MBOR.
List of participation of Associations / organizations/clubs of martial arts for MBOR recognition

  • PERSEKUTUAN SILAT NEGERI TERENGGANU (PESAKA NEG. TERENGGANU)
  • PERSATUAN SENI SILAT CEKAK TERENGGANU
  • PERTUBUHAN SENI GAYONG SERANTAU MALAYSIA NEGERI TERENGGANU
  • PERSEKUTUAN TAEKWON-DO TERENGGANU (ITF)
  • MATSA TAEKWON-DO CLUB
  • PERSATUAN JUDO TERENGGANU
  • PERSATUAN WUSHU TERENGGANU
  • KARATE PDRM TERENGGANU
  • PERSEKUTUAN KARATE TERENGGANU
  • PERSATUAN MUAYTHAI TERENGGANU
  • KELAB MUAY THAI KAYU KELAT
  • PERSATUAN TINJU NEGERI TERENGGANU – SM

    BACA T-Fight Festival 2023: Bakal himpun ramai penggiat dan penggemar sukan Muay Thai

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button