fbpx
Nasional

Ekspatriat luar negara dibenarkan masuk ke dalam negara

KERAJAAN membenaran kemasukan golongan ekspatriat di bawah kategori Employment Pass 1 (EP1) untuk masuk ke dalam negara tanpa memohon kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaubagaimanapun mereka tetap perlu menjalani ujian saringan Covid-19 di negara mereka sebelum masuk ke dalam negara.

“Kalau tak dapat buat ujian saringan Covid-19 di negara mereka, mereka perlu menjalankan ujian tersebut di pintu masuk negara kita.

“Kalau mereka dari negara zon merah seperti yang disenaraikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mereka perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari,” katanya dalam sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini.

Menurut Ismail, pakar teknikal dari luar negara juga dibenarkan masuk bagi kerja-kerja khas seperti membaiki mesin, kapal dan sebagainya juga dibenarkan masuk.


Jelasnya, jika kita tidak ada kepakaran tersebut di dalam negara, boleh dibenarkan masuk tetapi perlu memohon pas istimewa dari Expatriate Services Division (ESD). -SM

Show More

Related Articles

Back to top button