Politik

“Saya tidak akan tumbang kerana fitnah” – Annuar Musa

TAN SRI ANNUAR MUSA menegaskan beliau tidak akan tumbang dengan fitnah yang dilemparkan kepada beliau.

Menurut Annuar, beliau difitnah menjual Menara KL, guna duit Mara taja bola Kelantan dan tabal sultan lain di Kelantan, tetapi beliau tidak tumbang , sebaliknya bertambah kuat meneruskan perjuangan yang beliau yakin benar.

Annuar yakin penyatuan umat Islam yang menjadi majoriti penduduk negara ini akan membentuk kerajaan yang stabil dan makmur bagi semua kaum.

Annuar berkata demikian semasa berceramah di Petaling Jaya.

Beliau juga menyentuh masalah kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan rakyat tertekan.

Annuar juga kesal bayaran untuk menunaikan haji dinaikkan daripada RM15,000 kepada RM35,000.

Beliau meminta para pengundi supaya menolak kerajaan hari ini yang tidak prihatin dengan masalah rakyat.

Beliau menggesa pengundi Selangor supaya berani melakukan perubahan.

(Visited 281 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button