Politik

Saya anggap Lokman Adam ikhlas – Annuar Musa

Tan Sri Annuar Musa menganggap Datuk Lokman Adam ikhlas membuat permohonan maaf terhadap beliau.

“Saya diberi maklum oleh peguam saya bahawa, pada hari ini, 21hb April 2021, Datuk Lokman Adam telah secara ikhlas dan sukarela membuat posting di Facebook beliau MEMOHON MAAF KEPADA SAYA ATAS KENYATAAN DAN PERCAKAPANNYA YANG TIDAK BENAR DAN MELULU TERHADAP SAYA dalam salah satu satu postingnya bertajuk “((GEMPAR)) WhatsApp antara Zafrul/Annuar Musa/Takiyuddin – Projek Untuk Ibu Zafrul & Anak Muhyiddin” yang dibuat pada 13.12.2020.

“Saya memahami bahawa saya sering menjadi sasaran fitnah dari berbagai pihak dan bersedia menggunakan hak saya untuk menegakkan kebenaran menurut jalur undang undang.

“Namun, tanpa prejudis, saya beranggapan permohonan maaf Datuk Lokman Adam kepada saya adalah ikhlas dan jujur,” katanya.

Katanya, bersesuaian dengan bulan Ramadan yang mulia ini, di mana kita dituntut memperbanyakkan ibadat dan melakukan amal makruf serta saling memaafkan.


“Saya mengambil pendirian MENERIMA PERMOHONAN MAAF BELIAU ATAS KEKHILAFAN DAN KECUAIANNYA. Saya bersyukur Datuk Lokman Adam telah mengakui kesilapannya.

“Kepada Allah saya berserah. Menegakkan kebenaran dan berkata benar adalah satu kewajipan,” katanya dalam kenyataan.

 

(Visited 204 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button