Politik

Sanusi kini bergelar MB Kedah ke-15

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-15 pagi ini di Ahli Dewan Undagan Negeri (ADUN) Jeneri.

Muhammad Sanusi melfazkan sumpah menyadang jawatan Menteri Besar Kedah. Kreadit photo : astro AWANI

Istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah itu berlangsung di Istana Anak Bukit, beliau melafazkan sumpah menyadang jawatan berkenaan sekitar jam 10.17 pagi di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Pelantikan itu dibuat berlandaskan peruntukan di bawah Perkara 35 dan 37(2)(s) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah selepas Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu menerima sokongan majoriti daripada ADUN-ADUN di negeri itu.

Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berjaya mempertahankan kerusi DUN Jeneri dengan majoriti undi 16,050, menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim.

PN Kedah kini kekal mentadbir di negeri itu selepas memenangi 33 daripada keseluruhan 36 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Angka itu juga menjadikan PN mempunyai kedudukan yang kukuh bagi membentuk kerajaan negeri.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi merupakan penyandang jawatan itu selepas dilantik pada 17 Mei 2020, susulan mendapat sokongan majoriti ADUN ketika itu.

Artikle Berkaitan:>

Banglo yang tular di Sik Kedah adalah rumah kepada abang Ahmad Sanusi yang bekerja sebagai penyelam dasar laut.

Update: Polis nafi Sanusi ditangkap

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button