Politik

Dek syarat i-Sinar KWSP, FB Muhyiddin, Tengku Zafrul diserang netizen

FACEBOOK milik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz diserang netizen.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik kedua-dua pemimpin itu dipenuhi komen oleh netizen yang tidak berpuas hati dengan i-Sinar.

Ini kerana, petang tadi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan mengenai syarat pengeluaran simpanan daripada Akaun 1.

Walau bagaimanapun, syarat tersebut mengecewakan netizen kerana tidak dapat mengeluarkan wang simpanan mereka untuk berhadapan dengan situasi tekanan ekonomi dan pandemik Koronavirus (Covid-19).

Dalam Facebook Muhyiddin, netizen membuat komen berkaitan KWSP apabila beliau memuat naik kenyataan mengenai panggilan video bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long.


Status mengenai perbincangan dua hala antara Malaysia – Singapura itu membincangkan pembinaan Laluan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dimuat naik kira-kira pukul 8 malam.

“Tan Sri, agak-agaklah 30 peratus sahaja. Yang kena potongan 10 peratus tetap sama terkesan kerana kami tak dapat jumlah yang sama untuk berbelanja rumah.

“Roti Gardenia pun naik harga tetapi kami tak ada sesiapa hendak bela atau bantu. Kami hanya mohon duit kami dalam keadaan terdesak untuk menyara enam hingga lapan orang keluarga dan seorang bekerja.

“Kami mohon pertimbangkanlah rayuan kami yang tidak ada nilai ini,” luah Zahir Aziz.

“Semua orang tengah marah fasal KWSP. Hadap sahajalah abah. Bye Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” sindir Farid Shuhaimi.

https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/posts/3571903279554872

“Tunggulah pilihan raya, kami pencarum KWSP akan menghukum ‘parti bunga’ dan lain-lain kalau KWSP tak diubah kepada tanpa syarat,” komen Yusrie Yusrizah.

“Kami hendak pencarum yang dapat i-Lestari automatik dapat i-Sinar tanpa syarat dan bukti yang mengarut,” pinta Suardi Muhamad Amin.

“Tolong fahami masalah kami, bukan kami tak bersyukur tetapi kami memang memerlukan duit itu. Itu duit daripada titik peluh kami sendiri.

“Mohon pertimbangan lagi supaya rakyat bebas mohon tanpa ada syarat,” luah Muhammad Amierul Subakir.

Sementara di Facebook Tengku Zafrul pula, beliau memuat naik status megnenai pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali di pejabatnya.

Status tersebut dimuat naik pada waktu yang lebih kurang sama dengan status Muhyiddin.

https://www.facebook.com/tzafrulaziz/posts/206776454305442

Alhamdulillah, semoga Menteri Kewangan kita  sentiasa sihat dan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sentiasa dalam lindungan Allah. PM yang hebat,” sindir Yasmina Ramzan.

“Tengku Zafrul, tolonglah ini KWSP kami hendak one-off RM10,000. Kalau KWSP tak ada duit, bagtahu terus terang. Jangan bagi kenyataan pusing-pusing dengan syarat bagai,” luah Nasharudin Din.

Allahu… Kata KWSP tanpa syarat, dekat Parlimen pung pang cakap. Kasihanlah kami yang berniaga tak berapa jalan sangat, macam-macam kekangan.

“Bukan semua perniagaan boleh jalan macam biasa. Lagi-lagi macam saya buat perniagaan melibatkan majlis perkahwinan. Allahu… bukan minta bantuan geran-geran lagi pun.

“Minta keluar KWSP Akaun 1 sahaja, yang terang-terang memang duit sendiri. Memanglah lama tak mencarum, tetapi Akaun 1 itu ada la juga RM50,000,” kata Zahereyshah Arshad.

“Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP sila letak jawatan. Kerajaan Muhyiddin gagal membela nasib rakyat dikala pandemik Covid-19 melanda negara.

“Macam haram pengeluaran KWSP. Ingat yagng bekerja ini tak terjejas ke?” soal Azmi Lanun.

“Kenapa KWSP buat pengumuman yang sebegini rupa? Sepatutnya biarlah kesemua ahli yang merasa akan i-Sinar itu. Kami yang masih bekerja tetapi sudah dua tahun tiada kenaikan gaji amat terkesan juga.

“Barang kian naik harga, KWSP buat begini seolah-olah menafikan hak kami yang masih ada kerja dan tidak merasa faedah ini. Mohon KWSP kaji balik semula adakah 8 juta penerima itu termasuk kategori kami ini.

“Mohon Tengku Zafrul maklumkan kepada KWSP kerana itu adalah wang kami dan kami berhak ke atas wang simpanan kami,” luah Shahriman Abdul Rahman.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap syarat KWSP di Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Netizen meluahkan rasa kecewa dengan menyifatkan syarat pengeluaran i-Sinar KWSP sebagai mengarut dan sukar dipenuhi sedangkan duit yang hendak dikeluarkan adalah daripada simpanan mereka sendiri. – SM

(Visited 8,042 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button